Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 29 Disember 2011

TDM : 222 kompeni jadi pelengkap


Ahmad Zahid Hamidi (kanan) menerima bendera askar wataniah sempena Majlis Pelancaran Kompeni Wataniah Negeri Perak di Lenggong baru-baru ini.


SETIAP rakyat Malaysia tanpa mengira kaum bertanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman musuh yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan negara tercinta.

Rakyat negara ini juga mampu hidup dalam suasana aman dan harmoni kerana ia dilindungi Perlembagaan dan pasukan ketenteraan.

Selain mempunyai anggota tentera tetap, negara turut bernasib baik kerana memiliki askar simpanan yang dikenali sebagai Wataniah.

Sungguhpun ia bersifat sukarela, pasukan ini mampu mempertahankan negara jika diperlukan pada bila-bila masa.

Kebanyakan rakyat pelbagai kaum yang menyertai pasukan wataniah bangga diberi peluang mempamerkan rasa cinta, taat dan setia kepada negara di samping sanggup berkorban mempertahankan negara.

Sehubungan itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta generasi muda Malaysia pelbagai kaum termasuk pemimpin dan penyokong parti pembangkang supaya

menyertai Askar Wataniah jika mereka benar-benar cintakan negara tanpa mempunyai perasaan prejudis, perbezaan pendapat dan fahaman politik.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada seorang pun wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang mempolitikkan Askar Wataniah untuk kepentingan peribadi dan meraih sokongan rakyat.

"Penyertaan mereka adalah selaras dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (Hanruh) yang dipraktikkan Kementerian Pertahanan selama ini.

"Keamanan dan keutuhan negara bukan sahaja terletak pada bahu anggota tentera tetap, malah anggota tentera simpanan yang cintakan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kompeni Wataniah Negeri Perak di Lenggong baru-baru ini.

Ahmad Zahid berkata, setakat ini penyertaan pelbagai kaum dalam pasukan tentera simpanan membanggakan dan bilangannya semakin bertambah berikutan kesedaran mereka

terhadap tanggungjawab bersama menjaga keamanan negara.

Beliau berkata, cita-citanya untuk menubuhkan satu kompeni wataniah yang mempunyai minimum 100 anggota di setiap kawasan parlimen akhirnya berjaya.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana kawasan Parlimen Parit Buntar dan Bukit Gantang melengkapkan bilangan sebanyak 222 kompeni wataniah ditubuhkan di seluruh negara sekali gus mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) saya yang berakhir pada Disember 2011 ini," katanya.

Walaupun kompeni wataniah ditubuhkan mengikut kawasan Parlimen, katanya, setakat ini tidak ada seorang pun wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang mempolitikkan wataniah untuk kepentingan peribadi dan meraih sokongan rakyat.

Menurutnya, pelancaran yang dibuat di kawasan Lenggong adalah satu penghormatan kepada penduduk tempatan yang banyak menempa sejarah termasuk melahirkan seorang Panglima Angkatan Tentera sekarang, Tan Sri Zulkifeli Md Zin.

Beliau berkata, bandar kecil Lenggong mempunyai sejarah yang begitu signifikan kepada operasi Tentera Darat kerana secara rasminya baru-baru ini ia berjaya mencapai sasaran

menubuhkan 222 pasukan wataniah di seluruh kawasan Parlimen di negara ini.

Selain daripada itu, pada era tahun 1970-an bermulanya operasi Tentera Darat khususnya ketika pembinaan Lebuhraya Timur-Barat.

Bahkan katanya, Lenggong banyak melahirkan pahlawan-pahlawan negara khususnya daripada Tentera Darat.

Malah beberapa panglima perkhidmatan mahu pun Panglima Angkatan Tentera lahir dari daerah Lenggong.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TDM : 222 kompeni jadi pelengkap"

Catat Ulasan