Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 9 Mei 2012

TLDM : 20,000 PENGUNJUNG MELAWAT HARI TERBUKA ARMADA PTKK

Kota Kinabalu, 5 Mei – Satu lagi lakaran sejarah yang berjaya telah berjaya dilakukan oleh Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) apabila menerima lebih 20,000 pengunjung yang melawat Hari Terbuka Armada (HTA) di PTKK. Penganjuran pada kali ini yang terbesar pernah dianjurkan telah berjaya mendapat para tetamu yang hadir dari segenap pelusuk negeri dibawah bayu ini. Para pelawat yang telah hadir dari seluruh negeri Sabah dan Sarawak ini telah berjaya mencatatkan satu jumlah angka yang besar bagi seluruh Navy People disini.

HTA yang berkonsepkan Sua Rasa Tamu Armada (STA) ini telah bermula pada jam 0830 dan terdapat sebanyak 75 booth untuk dilawati. Antara peserta yang telah menyertai pameran pada kali ini ialah ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Maxis, Celcom dan berbagai-bagai lagi.

Upacara Perasmian yang telah dilakukan oleh Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohammad Rosland Omar. Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah Panglima 5 Briged Sabah, Brigadier Jeneral Dato’ Abdul Halim bin Haji Jalal dan Ketua Penguatkuasa Wilayah Sabah, Laksamana Pertama Maritim Karunanithi AL Munusamy.

Program yang telah diadakan untuk para pelawat yang hadir adalah seperti pertandingan memancing, pertandingan karaoke, pameran kerjaya dan berbagai-bagai lagi pameran yang telah disediakan.

Turut menarik perhatian para pengunjung adalah penyertaan Inventori TLDM yang terbaru iaitu KD TUN RAZAK. Para pelawat yang hadir amat berpuas hati apabila dapat melihat dengan lebih dekat kapal selam yang menjadi aset strategik negara. Para pengunjung yang datang rata-rata menyatakan bahawa kedatangan mereka adalah didorong perasaaan ingin tahu akan kemampuan Angkatan Kapal Selam ini. Selama ini mereka hanya mampu melihat dari kaca mata televisen dan media massa yang sering memaparkan akan aset ini, tetapi penganjuran STA pada kali ini telah berjaya membawa pelawat untuk melihat sendiri akan aset ini.

Acara penutup telah diadakan pada sebelah malam. Para pelawat yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan artis tempatan Nera AF, Felix AF, Zero Raja Lawak dan Gema Lautan.

Sumber : Perhubungan Awam Markas Wilayah Laut 2
Artikel : Lt Mohd Shahrizan Bin Zainal TLDM
Jurufoto : LK I PBS Mubin Bin Mohd Salim


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TLDM : 20,000 PENGUNJUNG MELAWAT HARI TERBUKA ARMADA PTKK"

Catat Ulasan