Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 9 Mei 2012

TLDM : LAWATAN ULUNG PANGLIMA ARMADA KE MAWILLA 1

Kuantan, 4 Mei – Yang Berbahagia Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid telah mengadakan lawatan ulung ke Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) sejak memegang tampuk pemerintahan Armada TLDM sejak 1 Mac 12 yang lalu. Aturcara lawatan dimulakan dengan Upacara Perbarisan yang telah diadakan di Padang Kawad MAWILLA 1. Sejumlah 8 platun segak berbaris bagi memberi penghormatan kepada Panglima Armada yang tiba seawal jam 8.30 pagi. Pada ucapan ringkas, beliau menyatakan rasa bangga dan teruja kerana dapat meluangkan masa mengadakan lawatan ke salah sebuah Markas Formasi yang berada di bawah naungan Markas Armada TLDM. Beliau amat berharap agar semua warga MAWILLA 1 akan terus maju dan meningkatkan mutu produktiviti sejajar dengan visi Markas iaitu ‘Menjadi Markas Pilihan Nombor 1.

Beliau seterusnya telah diiringi oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli ke Bilik Mesyuarat bagi mendengar taklimat terkini berkenaan Markas ini. Selesai taklimat, beliau telah dibawa melawat beberapa kawasan yang telah ditambahbaik demi menjamin kesejahteraan warga MAWILLA 1. Antaranya adalah Galeri MAWILLA 1, Kompleks Jangkar, Wisma Gebeng, Wisma Gelang, Wisma Tanjung, Kompleks Sukan, CafĂ© One dan Shoppe One. Beliau berasa kagum dan gembira dengan peningkatan taraf kemudahan serta penginapan di MAWILLA 1 yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada Markas atau unit-unit lain. Diharapkan agar seluruh warga MAWILLA 1 akan terus cemerlang dan maju jaya seiring dengan peningkatan tahap kesejahteraan yang tinggi.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TLDM : LAWATAN ULUNG PANGLIMA ARMADA KE MAWILLA 1"

Catat Ulasan