Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 8 Mei 2012

Kenapa lelaki dibenarkan mempunyai lebih dari seorang isteri dalam Islam?



Ada yang tersenyum membaca tajuk kali ini, senyum penuh makna. Pastinya si dia yang tersenyum itu berpihak kepada kaum Adam. Ada pula yang berkerut dahi membaca tajuk ini, seakan tidak sabar mengetahui jawapanny
a. Pastilah dia merupakan yang berpihak kepada kaum Hawa. Satu perkara yang berjaya mewujudkan kondisi Adam Vs Hawa ialah POLIGAMI dengan syarat selagi ia tidak bertentangan dengan Syariat Islam.

Poligami sebenarnya ialah nama kepada system perkahwinan di mana seseorang mempunyai lebih dari satu pasangan. Ia ada dua jenis. Pertama ialah poligini, di mana seorang lelaki berkahwin dengan lebih dari seorang wanita. Kedua ialah poliandri di mana seorang wanita mengahwini lebih dari seorang lelaki. Dalam Islam, poligini adalah dibenarkan (maksimum 4 orang) manakala poliandri adalah dilarang dan diharamkan sama sekali.

* Tersebut ayat di dalam Al-Quran dengan tafsiran, “kahwinilah hanya seorang..”

Adakah anda tahu bahawa Al-Quran ialah satu-satunya kitab agama yang wujud di muka bumi ini yang mempunyai frasa ini, “kahwinilah hanya seorang..”? Benar, tiada kitab lain yang mengarahkan penganutnya mempunyai hanya seorang isteri kecuali Al-Quran. Sama ada dalam Veda, Ramayan, Mahabgharat, Geeta, Taurat juga Injil, kita tidak akan dapati arahan mengehadkan bilangan pasangan, namun dalam kitab-kitab ini akan sentiasa ada pernyataan bahawa seseorang boleh mengahwini seramai mana yang dia mahu. Hanya dewasa kini, para paderi Kristian juga sami Hindu mengehadkan bilangan pasangan kepada hanya satu. Kebanyakan tokoh Hindu menurut risalah agama mereka mempunyai ramai isteri. Sebagai contoh Raja Dashrat, bapa keapda Rama mempunyai lebih dari seorang isteri. Krishna juga mempunyai beberapa orang isteri. (Rujukan islamicity.com)

Pada zaman silam, lelaki Kristian dibenarkan untuk mempunyai seramai mana isteri yang dimahukan kerana dalam kitab Injil tidak pernah melarang mereka dalam hal ini. Hanya beberapa abad lepas pihak gereja telah mengehadkan bilangan isteri kepada hanya seorang.

Dalam agama Yahudi, poligini juga dibenarkan. Menurut Kitab Taurat, Nabi Ibrahim mempunyai 3 orang isteri manakala Nabi Sulaiman mempunyai beratus orang isteri. Amalan poligini berterusan sehinggalah pada tahun 95 BC-1030 BC seorang Rabbi Yahudi bernama Gershom ben Yehudah menaikkan isu untuk menentangnya. Walaubagaimanapun, penganut Yahudi yang tinggal di negara Islam terus mengamalkan poligini sehingga lewat tahun 1950-an, sebuah akta bernama Akta Ketua Besar Rabbi Israel diwujudkan untuk mengharamkan berkahwin lebih dari seorang.

* Sebenarnya Hindu adalah lebih poligini daripada Islam.

Dalam satu laporan, ‘Jawatankuasa Status Wanita Islam’ yang diterbitkan pada 1975, menyatakan antara tahun 1951-1961, 5.06% penganut Hindu mengamalkan poligami manakala hanya 4.32% umat Islam yang mengamalkannya. Menurut undang-undang negara India, hanya lelaki Muslim sahaja yang dibenarkan berpoligami dan ia dilarang ke atas lelaki bukan Muslim. Hanya apabila Akta Perkahwinan Hindu diwujudkan, poligami dalam Hindu telah diharamkan. Walaubagaimanapun, hanya undang-undang Negara yang mengharamkan tetapi tidak dalam kitab-kitab agama Hindu.

Baiklah, banyak pula cerita tentang fakta. Kenapa sebenarnya Islam membenarkan lelaki mempunyai lebih dari seorang isteri?

Seperti yang dibincangkan di atas, hanya Al-Quran yang menyatakan “kahwinilah hanya seorang..”. Ayat ini terdapat dalam Surah An-Nisa’:
“..Maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi; dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja..” (An-Nisa’ 4:3)

Sebelum Al-Quran diturunkan, tidak ada had bagi poligini. Oleh sebab itu ada lelaki yang mempunyai sehingga beratus orang isteri. Tak dapat nak dibayangkan bagaimana mengatur isteri seramai itu. Kedatangan Islam telah meletakkan had seramai 4 orang isteri sahaja dalam satu masa. Islam membenarkan lelaki Muslim berkahwin dua, tiga atau empat orang hanya jika keadaannya mampu berlaku adil kepada semua isterinya. Dalam satu ayat lain juga dalam surah An-Nisa’ menyebut,
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nisa’ 4:129)

Maka teramat jelaslah melalui ayat Allah di atas bahawa secara fitrahnya seorang suami tidak akan mampu untuk berlaku adil dengan isteri-isterinya walaupun sekuat mana dia berusaha untuknya. Disebabkan keterbatasan kemampuan itu para lelaki telah dinasihatkan oleh Rabbul Jalil agar "kahwini hanya seorang..". Dan sebenarnya poligini bukanlah satu hukum atau peraturan tetap melainkan hanya satu pengecualian pilihan. Masih ramai juga yang tersalah tafsir bahawa wajib bagi lelaki Muslim untuk mempunyai lebih dari seorang isteri.

Dalam Islam terdapat 5 kategori hukum bagi sesuatu perkara:

Fardhu- Wajib
Sunat-Digalakkan
Mubah-Harus
Makruh-Tidak digalakkan
Haram-Dilarang

Poligini termasuk dalam kategori yang diharuskan. Maka tidaklah boleh dikatakan bahawa lelaki Muslim yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri itu adalah lebih hebat daripada lelaki Muslim yang mempunyai hanya seorang isteri.

* Dari sudut saintifik, purata umur wanita adalah lebih lama berbanding lelaki.

Secara semulajadinya,lelaki dan perempuan dilahirkan dengan nisbah bilangan yang sama. Seorang bayi perempuan mempunyai imunisasi yang lebih dari seorang bayi lelaki dan boleh melawan jangkitan kuman dan virus lebih baik berbanding bayi lelaki. Oleh sebab itulah kematian semasa bayi lebih tinggi dalam kalangan bayi lelaki berbanding bayi perempuan.

Jika dalam peperangan pula, sudah tentulah lebih ramai lelaki yang mati berbanding wanita kerana mereka tidak pergi berperang. Dalam kes kemalangan biasa juga lebih ramai lelaki yang terlibat berbanding wanita kerana mereka terdedah dengan pekerjaan dan aktiviti yang berisiko untuk itu. Oleh sebab itu kita dapati lebih ramai janda berbanding duda.

Di kebanyakan Negara, bilangan wanita adalah lebih ramai dari lelaki. Tidak perlu melihat jauh, cukuplah memerhati di university atau institute pengajian tinggi. Lebih ramai pelajar wanita bukan? Jurusan kejuruteraan (yang asalnya adalah bidang lelaki sahaja) kini telah mempunyai bilangan pelajar wanita yang lebih kurang sama dengan bilangan pelajar lelaki, apatah lagi jurusan lain seperti kedoktoran, kesusasteraan dan sebagainya yang sudah tentu mempunyai pelajar wanita yang berkali ganda dari lelaki. Hal ini berjaya membuktikan fakta di atas.

* Maka mengehadkan lelaki berkahwin hanya seorang adalah tidak praktikal.

Ok jangan pening dengan hujah ini namun dalam beberapa hal kita perlu melihat secara logic dan praktikal serta menilai secara adil. Fakta yang didapat dari sebuah web islamik menyebutkan, Amerika mempunyai bilangan wanita yang 7.8 billion lebih ramai dari lelaki. Untuk seorang lelaki, ada lebih kurang 7 orang wanita. Walaupun setiap lelaki di Amerika berkahwin dengan seorang wanita, masih ada lebih dari 30 million yang tinggal. Belum ditolak lagi dengan reality bahawa Amerika mempunyai 25 million gay! Rupanya tersangat ramai pengikut Elthon John, tak sanggup nak menghadam fakta ini. Britain pula mempunyai lebih 4 million wanita berbanding lelaki, Jerman mempunyai lebih 5 million wanita manakala Rusia mempunyai 9 million lebih wanita. Hanya Allah yang mengetahui berapa million lagi wanita di seluruh dunia ini.

Di Negara barat, adalah menjadi kebiasaan bagi lelaki untuk mempunyai wanita simpanan. Dalam kes ini, wanita diletakkan pada taraf yang rendah, dilihat tidak bermaruah kerana dimiliki tanpa ikatan perkahwinan dan tiada jaminan dalam hubungannya. Apa yang menyedihkan, masyarakat barat yang ini jugalah yang menentang poligini, tidak membenarkan bahkan mengharamkan lelaki berkahwin lebih dari seorang. Ketahuilah bahawa melalui hanya perkahwinan seorang wanita itu akan mendapat haknya dan maruahnya, dihormati masyarakat dan mempunyai jaminan dalam ikatan perhubungan.

Maka hanya ada dua pilihan bagi wanita yang tidak berpeluang untuk bersuami, samada berkahwin dengan lelaki yang telah berkahwin atau merelakana diri menjadi harta awam. Islam mengharuskan untuk pilihan yang pertama melalui perkahwinan tetapi mengharamkan pilihan yang kedua. Jika masih ada lagi alasan lain mengapa Islam membenarkan poligami, pastinya ia juga adalah atas sebab untuk melindungi maruah wanita. Wallahua’lam

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kenapa lelaki dibenarkan mempunyai lebih dari seorang isteri dalam Islam?"

Catat Ulasan