Pada mlm Nisfu Syaaban,amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.
Pengertian am Nisfu Syaaban dlm bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Mlm Nisfu Syaaban adalah mlm 15 Syaaban iaitu siangnya 14hb Syaaban.
Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu sebagaimana yg tersebut dlm sebuah Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & berSolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda selesai solat, Baginda berkata kpd Aisyah r.a.
“Mlm ini adalah mlm Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pd mlm Nisfu Syaaban & memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat (membuat amal makhruf & nafi munkar) & melambatkan rahmat & keampunan terhadap org2 yg dengki.”
Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dgn buku catatan yg baru. Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi s.a.w. menggalakkan umatnya utk bangun mlm & berjaga serta beriktikaf sepanjang mlm kerana tidak mahu amalan diangkat dlm keadaan tidur atau lalai
0 ulasan: on "Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1433 Hijrah)"
Catat Ulasan