Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 31 Julai 2012

Puasa perisai hadapi cabaran dunia, akhirat



Setiap orang yang berpuasa seharusnya menyedari ibadah puasa yang mereka laksanakan dengan penuh keinsafan dan penghayatan akan menjadi perisai bagi dirinya. Bukan hanya menjadi perisai di dunia, malah di akhirat sana nanti.

Selain itu, puasa juga menjadi perisai dalam kehidupan dunia dalam erti kata mendinding diri daripada terjebak dalam kancah dosa dan maksiat, lebih-lebih lagi sesudah berlalunya Ramadan, saat kita terdedah dengan 11 bulan penuh mencabar dan sangat menguji keimanan serta kesabaran.

"Puasa itu perisai dari api neraka seperti perisai (benteng) salah seorang kamu dalam peperangan. (Puasa akan menjadi perisai) selama mana dia tidak merosakkannya dengan kata-kata dusta dan umpatan”. - Riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah

Serangan nafsu dan syaitan secara kombinasi sangat hebat. Tipu helah mereka datang dari segenap arah. Bayangkan, jika puasa tidak berupaya menghasilkan ‘benteng’ ampuh seperti diharapkan, maka jadilah kita kala itu ‘bahan’ sepak terajang nafsu dan syaitan.

Puasa yang hebat bukan saja menjadi pendinding untuk sehari dua bahkan dapat menjadi perisai melindungi diri setiap masa sehingga bertemu Ramadan yang akan datang.

Manakala di akhirat nanti, ibadah puasa turut menjadi perisai daripada terjerumus ke dalam api neraka. Inilah kurniaan yang sangat besar kepada hamba berpuasa.

Nabi SAW bersabda: “Puasa itu perisai dari api neraka seperti perisai (benteng) salah seorang kamu dalam peperangan. (Puasa akan menjadi perisai) selama mana dia tidak merosakkannya dengan kata-kata dusta dan umpatan.” (Riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Hikmah agung

Sesungguhnya ibadah puasa difardukan Allah SWT mempunyai pelbagai hikmah agung bertujuan membuktikan ketaatan kepada Allah SWT dan mampu melahirkan manusia yang benar-benar menghayati sifat kehambaan dan dapat membina keperibadian diri muslim sejati.

Justeru, kewajipan kita bukan sekadar menerima puasa sebagai satu perintah daripada Allah, bahkan kita turut berkewajipan melaksanakannya dengan rasa penuh keikhlasan. Hanya puasa yang dibina atas tapak keikhlasan saja yang sampai kepada Allah.

Puasa dalam kategori inilah yang dijanjikan Allah bakal memperoleh ganjaran pahala tiada tolok bandingnya. Bukannya berpuasa kerana manusia atau kepentingan duniawi yang bersifat sementara.

Ikhlas laksana ibadah

Rasulullah SAW sangat mengambil berat dan memberi peringatan tegas mengenai keikhlasan melaksanakan perintah Allah.

Daripada Syaddad bin Aus, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa berpuasa demi mencari pujian (nilaian) manusia, sesungguhnya ia telah berbuat syirik, barang siapa solat demi pujian (nilaian) manusia, maka sesungguhnya ia telah berbuat syirik dan barang siapa yang membayar zakat demi pujian (nilaian) manusia, maka sesungguhnya dia juga telah berbuat syirik.” (Riwayat Tabrani)

Puasa dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah adalah puasa yang gemilang dan penuh kekuatan. Pada hari kiamat nanti puasa yang gemilang berkilauan akan tampil di hadapan Allah SWT dan berkata: “Izinkanlah aku memberikan syafaat kepadanya.”

Inilah yang katakan rahmat Allah SWT yang tiada bertepi luasnya. Daripada Abdillah ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba di hari kiamat nanti. Puasa berkata: Wahai Tuhanku! Aku telah menegahnya dari makan dan menuruti nafsu syahwat (semasa menjalani ibadah puasa), maka izinkanlah aku memberikan syafaat kepadanya. Al-Quran pula berkata: (Wahai Tuhanku) Aku telah menegahnya dari tidur di sebelah malam, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Maka kedua-duanya (puasa dan al-Quran) diizinkan (Allah) memberikan syafaat itu.” (Riwayat Ahmad, Tabrani, Ibnu Abid Dunya dan Al-Hakim)

Peluang berharga

Tidak terhenti dengan kurniaan pahala yang tidak bertepi, mukmin berpuasa kerana Allah diberi kurniaan tambahan iaitu doanya dijamin mustajab, pasti didengari dan dikabulkan. Peluang berharga ini, janganlah disia-siakan.

Hakikatnya di dunia ini, berapa ramai orang yang berdoa, berbuih-buih mulutnya bukan sehari tetapi bertahun-tahun, namun Allah belum berkenan memakbulkannya. Keadaan sebaliknya bagi orang yang benar-benar berpuasa.

Bukan sekadar Allah akan memakbulkannya bahkan Allah juga rindu dan ternanti-nanti doa dan rintihan hamba-Nya yang berpuasa.

Sabda Rasulullah SAW: “Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir.” (Riwayat Bukhari)

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Puasa perisai hadapi cabaran dunia, akhirat"

Catat Ulasan