Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 31 Julai 2012

Umat Islam lemah jika saling bermusuh



Perpecahan akan memberi peluang kepada musuh melaga-laga dan menghancurkan apa saja yang diingini, tanpa mengambil kira perasaan dan hak mangsanya. Bagi menghalang perpecahan, perpaduan hendaklah diutama.

Musuh tidak mengintai kelemahan sesebuah negara berdasarkan satu sudut saja, malah dalam banyak perkara yang boleh menguntungkan mereka. Justeru, umat Islam perlu mengukuhkan perpaduan ummah dalam ekonomi, politik atau sosial.

Kunci perpaduan adalah persaudaraan kerana semakin erat persaudaraan, semakin kukuh perpaduan sesebuah negara dan ummah. Ummah perlu diingatkan bahawa permusuhan adalah virus utama kepada persaudaraan.

Perpaduan adalah lambang kekuatan dan ia juga sebagai lambang kedamaian serta keharmonian.

Firman Allah: “Sesungguhnya, orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu diberi rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Umat Islam kena bina kesatuan


Untuk mengekalkan persaudaraan, al-Quran menganjurkan agar usaha ke arah perdamaian diperhebatkan, jika pada ketika itu wujud bibit-bibit kehancuran dan kemusnahan.

Dalam pada itu, Allah memberi amaran kepada kita supaya jangan berpecah-belah kerana ia boleh meleraikan persaudaraan dan kekuatan ummah. Dengan ini, umat Islam seharusnya bantu-membantu untuk membina keutuhan dan kesatuan di mana saja mereka berada.

Sesungguhnya keharmonian dan keamanan hidup bermasyarakat dan bernegara adalah salah satu nikmat Allah yang sangat besar. Sesiapa tinggal dalam negara yang aman akan dapat berusaha membangunkan negaranya dan hidup sejahtera.

Sebaliknya mereka yang tinggal di negara kacau-bilau, berperang serta berbunuhan, ternyata mereka hidup sengsara, kelaparan dan keperitan.

Kejatuhan kerajaan Islam Abbasiyyah, Fatimiyah dan Uthmaniyyah adalah bukti jelas tiadanya elemen persaudaraan kukuh.

Hal ini membawa kepada kemasukan pengaruh asing dan musuh Islam, khususnya Barat, menjadikan mereka bangsa lemah serta sering ditindas hingga hari ini.

Perpecahan juga menyebabkan umat Islam hilang kehebatan di mata musuh iaitu tidak lagi menggerunkan mereka. Sekarang ini, di mana-mana saja di dunia keadaan umat Islam sangat lemah disebabkan permusuhan sesama sendiri.

Disebabkan permusuhan, umat Islam kalah bukan kerana kekuatan pihak musuh, tetapi kalah kerana kelemahan diri sendiri.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Umat Islam lemah jika saling bermusuh"

Catat Ulasan