Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 31 Julai 2012

TLDM Turut Menjayakan Iklan Hari Pahlawan


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah terpilih bagi menjayakan iklan sempena sambutan Hari Pahlawan yang bakal disambut pada 31 Julai 2012. Sehubungan itu, pelbagai acara akan diadakan bagi mengenang jasa pasukan keselamatan dalam usaha mencapai kemerdekaan negara.



Dalam pada itu, pihak TLDM juga tidak ketinggalan dalam memberi sokongan melalui usaha murni dengan kerjasama syarikat DMS Advertising Services Sdn Bhd yang kini dalam proses pembikinan iklan 'Warkah Terakhir'. Lokasi penggambaran telah dilaksanakan bertempat di Batu 18, Hulu Langat, Selangor. Iklan ini dilihat mampu menarik golongan generasi muda agar mengingati semangat perjuangan dan pengorbanan yang telah diberikan oleh pasukan keselamatan negara selama ini yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Ini juga merupakan inisiatif kerajaan Malaysia dalam menyemai semangat patriotik di kalangan belia negara yang bakal menerajui dan menjadi pemangkin untuk bangsa, agama dan negara.


Selamat Menyambut Hari Pahlawan dari warga the Navy People untuk seluruh

perwira

dan srikandi negara.

Jasa dan bakti kalian sesungguhnya amat dihargai dalam mempertahankan

tanah air tercinta

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TLDM Turut Menjayakan Iklan Hari Pahlawan"

Catat Ulasan