Lepas subuh kita terus PT
jangan ada yang tuang!!!
Jangan lupa lirik
Lari lari kita lari
Agar kuat urat kaki
Badan letih tak mengapa
Kerana kita angkatan tentera
Satu ribu dua ribu
Tiga ribu belum tentu
Empat ribu pasti kembang
Kalu tidak nyawa melayang
Beret hijau lambang kami.
Harimau garang sifat kami
adik ku jgn bimbang.
Abang pergi pasti pulang.
3 minit bagi seorang pelatih basic KOMANDO umpama 3 jam...
3 hari bagi seorang pelatih basic KOMANDO umpama 3 tahun...
3 bulan bagi seorang pelatih basic KOMANDO umpama 30 tahun...
Sepanjang basic KOMANDO kita tidak akan tahu langsung mengenai dunia luar...
Kita diibaratkan katak di bawah tempurung...
ADA BER@NI TAK MAU JOIN KOMANDO??
Penubuhan pasukan elit tentera darat ini pada 1 Ogos 1965. Hari ini genaplah 47 tahun GGK. GGK adalah satu pasukan elit utama negara dalam naungan Angkatan Tentera Malaysia dan juga merupakan pasukan komando elit yang disegani ramai kerana kesanggupan mereka melakukan apa sahaja. Pasukan ini beroperasi di Sungai Udang di Melaka dan Kuala Kubu Bharu.
Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama. Mereka adalah :
1. Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Bin Ismail (Jeneral Bersara)
2. Mejar Abu Hassan bin Abdullah (Kolonel Bersara)
3. Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (Mejar Jeneral Bersara)
4. Leftenan Dua Ghazali bin Ibrahim (Mejar Jeneral Bersara)
5. Leftenan Dua Hussin bin Awang Senik (Kolonel Bersara)
6. 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
7. 300152 Sarjan Anuar bin Talib
8. 4861 Sarjan Zakaria bin Adas
9. 201128 Sarjan Yahya bin Darus
10. 202072 Koperal Silva Dorai
11. 203712 Koperal Moo Kee Fah
12. 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Morhd Siraj
13. 10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad
Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Komand Pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Mejar Skuadron yang pertama. Pada akhir 1965, kekuatan GGK adalah sebanyak 70%. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.
GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (Australia, Britain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green Beret (U.S). KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrontasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden 13 Mei 1969. Selepas Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968.
Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan dan dikembangkan kepada regimen. Apabila elemen dan unit baru diserap ke dalam GGK, mereka telah dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka dan pada 1 Ogos 1970, Regimen Gerak Khas pertama telah dibentuk. Walaupun GGK telah mendapat kredit pada 1971 tetapi keanggotaannya masih menjadi milik kor masing-masing. Situasi ini menyebabkan masalah bagi merancang kerjaya anggotanya. Untuk mengatasi masalah ini, sukarelawan yang di buang dari senarai untuk menyertai Regimen Khas.
Lambang Rejimen
Digelar sebagai "Harimau Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau komando. Warna hijau melambangkan status Rejimen Komando dan melambangkan warna hijau juga sebagai warna suci agama Islam. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara Rejimen Gerak Khas dengan 40th Royal Marines Commando British. Harimau melambangkan keberanian, dan ketangkasan. Pisau melambangkan ketajaman fikiran anggota rejimen gerakhas, lineyard biru melambangkan hubungan antara 40th royal marines commando.
Beret Hijau
Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret Hijau, merupakan simbol am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia. Lambang "harimau berjuang" diletakkan pada beret hijau.
0 ulasan: on "Selamat HUT GGK ke 47"
Catat Ulasan