![](http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2011/07/tugu-negara.jpg)
31 julai hari pahlawan
Hari kenangkan jasa
Buat semua pejuang bangsa
Buat insan bergelar pahlawan
Yang pernah titiskan darah
Yang pernah titiskan keringat
Demi ibu pertiwi
Demi malaysia
Demi bumi bertuah ini
31 julai hari pahlawan
Terkenang kisah portugis
Terkenang kisah belanda
Terkenang kisah inggeris
Terkenang kisah jepun
Terkenang kisah perajurit
Terkenang kisah pejuang kemerdekaan
Banyak nyawa terkorban
Banyak harta tergadai
Sejak zaman hang tuah bersaudara
Sejak zaman tok janggut
Sejak zaman datuk bahaman
Sejak zaman leftenan adnan
Sejak zaman pahlawan tanpa nama
Semua demi tanah tercinta
Tanah keramat milik kita
Selamat hari pahlawan
Buat semua insan
Yang bergelar pahlawan
0 ulasan: on "Sajak Hari Pahlawan"
Catat Ulasan