Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 12 Mac 2013

Rakyat hargai jasa perwira yang gugur di Lahad Datu



Al-Fatihah buat wira muda negara, Allyahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau yang gugur ketika bertempur dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, 7.45 pagi ini. Foto kecil pula adalah Bapa arwah, Ismail Hussin, 55 yang menunjukkan SMS terakhir anaknya berbunyi `salam abah,ma doa la orng slmt...era'. FOTO Azlan Hafiz 



PASIR MAS 13 Mac - Rakyat amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang gugur dalam Ops Daulat bagi mematahkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu,Sabah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohammed berkata, tiada lagi pengorbanan paling berharga selain daripada pengorbanan nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini.

"Inilah sumbangan terbesar seorang rakyat kerana dapat berkhidmat kepada negara tercinta. Dengan gugurnya perwira-perwira ini, menaikkan lagi semangat kita untuk berkorban apa sahaja demi negara.

"Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham dan perwira-perwira lain yang telah gugur sebelum ini," katanya ketika menziarahi keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, di Kampung Bayu Lalang di sini malam tadi.

Ahmad Hurairah daripada Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) gugur dalam pertempuran menentang pengganas Sulu di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi ini.

Mustapa turut memberikan sumbangan berjumlah RM10,000 daripada Kerajaan Pusat kepada Ismail Husin, 55, iaitu bapa kepada Allahyarham Hurairah.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Rakyat hargai jasa perwira yang gugur di Lahad Datu"

Catat Ulasan