Lahad Datu, 12 Mac - Seorang anggota pasukan tentera terkorban
dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat
Tanjung Batu di sini hari ini.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. "Seorang anggota keselamatan gugur," katanya.
Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.
Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.
Zulkifeli berkata Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu.

Al-Fatihah
buat wira muda negara, Allyahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari
Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau yang gugur
ketika bertempur dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, 7.45
pagi ini. Foto kecil pula adalah Bapa arwah, Ismail Hussin, 55 yang
menunjukkan SMS terakhir anaknya berbunyi `salam abah,ma doa la orng
slmt...era'. FOTO Azlan Hafiz
Jenazah Prebet 1163468 Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera dari Batalion Ketujuh RAMD yang terkorban di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi tadi akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata, jenazah
akan diterbangkan dari Lapangan
Terbang Tawau pukul 4 pagi esok dan
dijangka tiba di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa pukul 8 pagi.
Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.
0 ulasan: on "TDM : Seorang Anggota Tentera Batalion 7 RAMD Terkorban, 3 Penceroboh Terbunuh"
Catat Ulasan