Hikmah .
Ia adalah syarat atau tuntutan kedua untuk mencapai hakikat. Hikmah di sini bukan bermaksud bijaksana. Kalau bijaksana, orang Arab akan sebut Abqoriah .
Hikmah di sini bukan bermaksud ilmu atau setakat faham ilmu sahaja. Hikmah ialah ilmu dalam ilmu. Hikmah adalah rasa dan penghayatan. Ia adalah rasa yang Allah campak ke dalam hati.
Untuk mendapat ilmu, kita boleh belajar. Tetapi untuk mendapat hikmah, ilmu mesti diamal. Baru ilmu itu bukan setakat di akal tetapi jatuh ke hati. Ilmu hati ini sahaja yang boleh mengubah dan menginsafkan orang. Hikmah ialah ilmu yang dikendalikan oleh roh atau hati. Seperti maksud hadis: Kalau kamu amal ilmu yang kamu tahu, Allah akan ajar kamu ilmu (hikmah) yang kamu tidak tahu.
Untuk menjadi ulama itu senang. Tetapi untuk menjadi ahli hikmah sangat susah. Ilmu adalah apa yang kita belajar tetapi hikmah adalah apa yang Tuhan ajar seperti dalam hadis: Hendaklah kamu bertaqwa, Allah akan ajar kamu ilmu (hikmah).
Orang yang mendapat ilmu hikmah, dia mendekati nabi.
Inilah dua perkara yang perlu dititikberatkan kalau sekiranya amalan hendak ditingkatkan dari peringkat tariqat kepada hakikat dan seterusnya kepada makrifat. Ia memerlukan penglibatan hati dan rohani dalam ibadah dalam bentuk penjiwaan dan istiqamah di samping amalan lahiriah yang baik dan rapi. Kalau hati dan rohani tidak turut sama beribadah, agak mustahil perkara ini boleh tercapai.
Untuk mendapat buah dari ibadah iaitu akhlak dan untuk mencapai maqam-maqam mahmudah, ibadah mesti ada roh, mesti ada rasa-rasa, mesti ada penjiwaan dan mesti ada penghayatan. Salahlah orang yang menafikan amalan hati dan amalan rohani dalam ibadah. Kalau amalan lahir sahaja yang dititikberatkan, maka ia mungkin memadai di peringkat syariat dan tariqat iaitu pada peringkat ilmu dan amal. Memang itu kerja lahir. Tetapi untuk mendapat hasil dari ilmu dan amal tersebut dan supaya ibadah boleh mendidik hati atau dalam ertikata yang lain, untuk mencapai hakikat dalam ibadah, itu bukan lagi kerja lahir. Itu adalah kerja hati.
Bila sampai bab hikmah ini,ada yang tanya berkenaan ilmu laduni.
Al-Fadhil ustaz Jahid kata apa, "kalau orang itu dapat ilmu laduni,dia tidak bagitahu pada orang lain. Kalau bagitahu pada orang, 'aku dapat ilmu laduni' tandanya dia itu bukan ilmu laduni.
Apa itu iman? Ilmu? Amal?
Iman yang kita semua miliki melibatkan soal keyakinan dalam diri. Iman yang hendak dibina mestilah bermula daripada kesedaran dalaman. Kesedaran ini melibatkan persoalan hati. Hati yang celik akan berupaya menjadi gerbang kepada cahaya, memimpin ke arah kebenaran. Dalam keadaan hati penuh dengan kesedaran, ianya menyediakan suatu suasana baru yang kondusif kepada peranan ilmu.
Bertepatan dengan maksud ilmu itu sendiri iaitu yang menerangi. Pada masa inilah, ilmu amat diperlukan untuk bertindak sebagai ‘catalyst’ kepada peningkatan kefahaman mengenai erti hidup sebenar sebagai hamba Allah & khalifah Allah, pengertian yang syumul (menyeluruh). Akal kurniaan Allah kepada manusia berupa satu kelebihan yang tidak dipunyai oleh makhluk-Nya yang lain. Maka, akal menjadi medium kepada ilmu untuk mencerna segala ilmu dan maklumat yang hadir dalam membina kefahaman yang syumul.
Seterusnya, dalam usaha untuk menjaga diri untuk terus memiliki kesedaran yang jitu dan kefahaman yang mendalam, maka tuntutan untuk kita beramal dikehendaki. Beramal kerana Allah. Beramal atau beribadah mempunyai pengertian yang luas. Ibadah tidak terhadap hanya kepada ibadah khusus seperti solat 5 waktu, puasa, zakat atau haji. Akan tetapi apa yang jua yang kita lakukan setiap hari turut termasuk dalam pengertian ibadah, iaitu ibadah berbentuk umum. Namun, sesuatu perkara itu hanya akan dikira sebagai ibadah apabila ianya menepati dua syarat iaitu, niat melakukannya hanya kerana Allah & tidak bertentangan dengan syariat Islam. Dua syarat ini akan berbalik kepada persoalan iman & ilmu seperti yang dinyatakan di atas.
Kenapa iman itu berharga dan mesti dijaga?
Secara mudahnya, kita akan menyayangi sesuatu barang milik kita yang berharga. Bagi lelaki, mereka akan menjaga kereta melebihi diri mereka sendiri. Mereka akan jaga supaya kereta sentiasa kelihatan cantik pada luaran serta menjaga kondisi enjin pada dalaman dari masa ke masa. Jika terdapat sebarang kerosakan, kereta akan segera dihantar ke bengkel untuk dibaiki.
Begitu juga iman kita, mesti dijaga kerana hati yang sedar akan mengarah diri kea rah kebaikan. Jika tidak dijaga hati dengan ilmu dan beramal, lama kelamaan hati akan lalai lalu tergelincir dari landasan hidup dalam menuju ke arah mardatillah (mencari reda Allah).
Bila masa hidup kita tidak berada dalam landasan, maka segala apa yang kita lakukan akan menyukarkan laluan kita dalam menuju ke arah mardatillah (mencari reda Allah).
Kesimpulan
Persoalan iman, ilmu dan amal memerlukan kepada pembangunan 3 medium pada setiap diri manusia, iaitu hati,akal & fizikal. Sewajarnya kita mesti membangunkan peranan hati, akal dan fizikal secara bersepadu supaya aspek iman, ilmu dan amal dapat dibina mengikut acuan yang dikehendaki Allah.
Penulis : Ummi Munaliza

0 ulasan: on "Part 6 : Testimonial Peserta Program Halaqah ke 4 "Pesiapan Diri Menghadapi Kematian""
Catat Ulasan