Adakah kita mengerti apa itu ukhuwwah? Adakah kita tahu apa yang dimaksudkan dengan ukhuwwah islamiah? Adakah ukhuwwah islamiah sama dengan persahabatan biasa? Best ke ukhuwwah islamiah? Mungkin itu antara persoalan yang sering tinbul dibenak fikiran kita apabila berbicara tentang ukhuwwah.
Ukhuwwah islamiah bukanlah satu hubungan persahabatan yang biasa. Ia merupakan satu hubungan yang cukup istimewa disisi ISLAM. Melalui ukhuwwah islamiah kita akan dapat membina satu kekuatan yang pernah dibina oleh Rasulullah dan para sahabat R.A ketika dizaman awal permulaan islam.
Rasulullah bersabda:
" Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Begitu tinggi nilai ukhuwwah didalam ISLAM sehingga Rasulullah sendiri mengajar kita agar kita sentiasa mengasihi sahabat-sahabat kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri. Ukhuwwah Islamiah dikatakan amat penting didalam pembangunan Khilafah Islamiah adalah kerana melalui ukhuwwah islamiah kita akan salingi ingat mengigati sesama muslim agar tingkat asas dalam maratibul amal yang digariskan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Bannaiaitu fardhul muslim dapat direalisasikan yang seterusnya melahirkan baitul muslim, mujtama` muslim, daulah islam dan akhir sekali mencapai khilafatul muslim.
Bagaimana untuk mengujudkan ukhuwwah ini? Contohnya ialah dengan mengadakan pertemuan-pertemuan yang slot pengisiannya bukan sahaja ilmiah tetapi merangkumi dengan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian seperti solat berjemaah, tazkirah, menyediakan makan minum bersama-sama, berriadah dan bekerjasama di dalam menjalankan aktiviti gotong royong atau kebersihan.
Santapan rohani bukan sahaja boleh didapati melalui ceramah atau tazkirah tetapi melalui ziarah, usrah dan berjemaah di dalam melakukan apa-apa jua aktiviti berfaedah.
Itulah yang digarapkan di dalam Himpunan Halaqian Halaqah yang berakhir di Kuala Ibai baru-baru ini. Kesannya sangat mendalam apabila terasa kemanisan berukhuwwah. Semoga ukhuwwah itu diberkati Allah, insyaAllah. Di dalam program itu penekanan lebih kepada menjadikan Islam sebagai cara hidup apabila semasa program dijalankan syariat tetap dijaga dan dipelihara.
Melalui postmortem, dapat dikesan adakah objektif penganjuran program itu tercapai atau tidak. Alhamdullilah, semoga program-program seperti itu dapat dilaksanakan dengan lebih kerap oleh mana-mana badan agar berupaya mendidik masyarakat islam untuk memjadikan Islam sebagai cara hidup.
Penulis : Ummi Munaliza
0 ulasan: on "Apa Itu Ukhuwwah?"
Catat Ulasan