KUALA LUMPUR - Pasukan Pertahanan negara perlu menjauhkan diri daripada menjadi instrumen politik kepartian atau instrumen politik individu hingga menyebabkannya melakukan perkara yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keadilan.
Komander Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) Senggara Perhubungan, Brigadier Jeneral Raja Nazrin Shah bertitah, pasukan itu perlu mempertahankan profesionalisme dengan tidak membenarkan penyerapan masuk anasir politik kepartian mahupun agenda sempit individu.
"Kredibiliti dan integriti pasukan hendaklah sentiasa dipertahankan berlandaskan atas prinsip berkecuali, berdisiplin, adil dan saksama supaya peranan pasukan pertahanan ketika menghadapi sesuatu krisis dan situasi darurat tidak diragui malah dihormati, disanjung dan diterima tanpa sangsi serta prejudis," titah baginda.
Raja Nazrin bertitah demikian semasa merasmikan Latihan Kem Tahunan Rejimen Askar Jurutera Diraja Senggara Perhubungan 2011 di Kem Wardieburn, Setapak di sini semalam.
0 ulasan: on "Tentera wajar jauhi politik"
Catat Ulasan