Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 23 Mac 2011

Hari Polis Boleh Diadakan Di Pulapol - Liow

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memberikan kebenaran bagi Sambutan Hari Polis ke-204 pada 25 Jumaat ini diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini berikutan situasi wabak virus Adeno disahkan dalam keadaan terkawal. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keadaan di Pulapol sudah pulih seperti sediakala berikutan tiada kes baru yang dimasukkan ke wad.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak perlu bimbang atau khuatir menghadiri sambutan itu kerana langkah-langkah yang sewajarnya telah diambil bagi memastikan keselamatan warga Pulapol dan orang ramai terjamin.

"Mereka (Pulapol) nak dapatkan maklumbalas daripada kementerian sama ada boleh adakan Hari Polis di Pulapol. Kita dapati kawasan itu pulih seperti sediakala.

"Jadi orang ramai yang menghadiri sambutan itu tidak perlu bimbang. Kita sudah pun mengambil semua langkah-langkah yang baik dan keadaan sana sudah pun pulih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan MedikTV di Hospital Putrajaya di sini hari ini. MedikTV, bakal menjadi saluran penyiar rasmi Kementerian Kesihatan ke seluruh hospital kerajaan.

Liow berkata sehingga kini hanya sembilan pelatih masih mendapat rawatan di hospital, empat orang di Hospital Kuala Lumpur (HKL, lima di Hospital Sungai Buluh, manakala dua pelatih yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) didapati semakin pulih.

Jumlah pelatih yang masih diasingkan di Pusat Isolasi Pulapol juga menurun kepada 170 orang.

"Mereka semua didapati dalam keadaan baik dan boleh dibenarkan pulang secepat mungkin," katanya.

Menurutnya beliau masih menunggu laporan daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) berhubung jangkitan virus ”Adeno” yang berlaku sejak 4 Mac lepas dan mengorbankan dua pelatih institut itu.-BERNAMA


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Hari Polis Boleh Diadakan Di Pulapol - Liow"

Catat Ulasan