|
|
KUALA LUMPUR 22 Mac - Peperangan bukanlah pilihan terbaik untuk menyelesaikan konflik yang berlaku, sebaliknya perlu diatasi melalui saluran diplomasi tanpa membabitkannya.
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah bertitah, peperangan akan menyebabkan berlaku pertumpahan darah, kerosakan sumber ekonomi, kehilangan nyawa serta kemusnahan harta benda.
"Sama ada di Yaman, Libya, Myanmar atau Malaysia, peranan yang dimainkan pasukan keselamatan ketika berlaku krisis akan mencerminkan imej pemimpin sesebuah negara.
"Kegagalan pemimpin di negara-negara Asia Barat menangani rusuhan awam secara bijaksana pula akan membuka campur tangan kuasa luar di negara terbabit yang seterusnya akan menamatkan kedaulatan sebuah negara merdeka," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Perbarisan Komander Sempena Pembukaan Rasmi Latihan Kem Tahunan Komander Rejimen Askar Jurutera Diraja Senggara Perhubungan di Kem Wardieburn di sini hari ini.
Pada majlis itu juga, baginda turut berkenan menyampaikan Pingat Jasa Negara kepada 12 anggota yang berkhidmat dalam pasukan itu.
0 ulasan: on "Perang bukan penyelesaian"
Catat Ulasan