
Serangan pantas dan kekentalan pada bahagian pertahanan ternyata memberi kelebihan kepada penyandang juara Pertandingan Futsal Antara Bas Ekspres di Kelantan 2009 itu untuk menang mudah kepada lawan yang merupakan pertemuan julung kali bagi kedua-dua pasukan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Ekspres Perdana, Laili Ismail berkata, beliau mengakui pasukannya bermain pada tahap membanggakan dan berharap akan mengekalkan rentak permainan pada perlawanan akan datang.

“Selain itu, dengan adanya kejohanan sebegini, ia secara tidak langsung turut memberi peluang untuk kita mempromosikan perkhidmatan (Ekspres Perdana) dan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Perlawanan Futsal Persahabatan yang berlangsung di Hazlan Indoor Soccer, di sini, semalam.
Menurutnya, berdasarkan pelbagai kejohanan yang disertai sebelum ini, jelas menunjukkan peningkatan dan berharap bakat dimiliki pemain akan lebih terserlah apabila menyertai lebih banyak perlawanan nanti.
0 ulasan: on "Ekspres Perdana hebat"
Catat Ulasan