Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 21 April 2011

Amaran kepada warga ATM jangan timbulkan fitnah


KUALA LUMPUR 20 April - Para pegawai dan anggota tentera diberi amaran keras supaya tidak menimbulkan fitnah sehingga melanggar undang-undang negara kerana ia boleh memberi implikasi besar terhadap kerjaya masing-masing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan itu tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepatutnya berperanan menjaga keselamatan dan kemakmuran negara.

Sebagai contoh katanya, perbuatan pegawai risik tentera, Kolonel Azmi Zainal Abidin yang menyebarkan fitnah mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia beberapa tahun lalu tidak dapat diterima sama sekali.

"Fitnah yang disebarkan Kolonel Azmi sehingga menyebabkan (penulis blog) Raja Petra Kamaruddin membuat Akuan Bersumpah memberi implikasi besar ke atas perundangan negara.

"Beliau (Azmi) kini digantung tugas sejak Jumaat lalu dan sudah tentu perbuatan itu perlu dibayar dengan harga yang amat besar," katanya selepas melancarkan penubuhan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang diwujudkan sejak setahun lalu, malam ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan PVTM serta 43 persatuan bekas tentera di seluruh negara supaya bekerjasama erat untuk memperjuangkan nasib golongan itu.

"Janganlah kita bermusuhan sesama bekas tentera kerana niat kita sama iaitu membela golongan veteran ATM," tegasnya.

Sementara itu Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom ketika berucap berharap kementerian boleh memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permintaan 'popular' golongan itu.

"Kami perlukan pembelaan dari segi peluang pekerjaan, kemudahan pinjaman perniagaan, peruntukan skim rumah kos sederhana dan pembukaan semula peluang kontraktor Kelas F dalam projek kementerian," katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Amaran kepada warga ATM jangan timbulkan fitnah"

Catat Ulasan