Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 21 April 2011

Dewan Negara: Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan Wajar Kekal Dalam Bentuk Asal - Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Peruntukan mengenai Islam sebagai
agama bagi Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3, Perlembagaan
Persekutuan wajar dikekalkan dalam bentuknya sedia ada, kata Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata ini kerana Islam merupakan agama rasmi bagi Malaysia
dengan semua kaum dan keturunan telah sepakat menerima peruntukan itu
yang bersifat moderate yang membolehkan prinsip Islam dilaksanakan
dalam maksud yang luas dan komprehensif.

"Ia termasuk mengiktiraf hak kebebasan rakyat untuk menganut dan
mengamalkan agama lain dan penerimaan itu merupakan hakikat penerusan
kepada kedaulatan agama Islam yang dianuti oleh negeri-negeri Tanah
Melayu sebelum kedatangan British lagi," katanya ketika menjawab
soalan Senator Ahmad Hussin pada persidangan Dewan Negara di sini,
pada Khamis.

Ahmad ingin tahu apakah kerajaan berhasrat meminda Perkara 3(1)
Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan perkataan rasmi dan perkataan
Sunnah Wal Jammaah di dalamnya.

Jamil Khir berkata pindaan perkataan 'agama rasmi bagi Persekutuan'
kepada 'agama rasmi' akan menyempitkan keluasan skop pemakaian
peruntukan tersebut menjadikan agama Islam terhad kepada
upacara-upacara rasmi, ritual dan keagamaan semata-mata.

Beliau berkata cadangan untuk meminda peruntukan Islam di bawah Fasal
1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan juga perlu mengambil kira tujuan
dasar di sebalik pindaan itu dan implikasinya kepada perundangan
negara.

Katanya, selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi
Persekutuan, kerajaan sentiasa memastikan bahawa setiap dasar dan
undang-undang yang digubal di negara ini adalah selari dengan
prinsip-prinsip ajaran Islam.

"Berdasarkan alasan itu, kerajaan berpandangan tiada keperluan untuk
meminda Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan
itu sudah bertepatan dengan pengiktirafan agama Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan," katanya.

Berhubung cadangan untuk memasukkan perkataan Sunnah Wal Jamaah, Jamil
Khir berkata kerajaan tidak bercadang berbuat demikian kerana fahaman
tersebut yang menjadi pegangan Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan
Hambali telah diiktiraf dan diterima pakai oleh semua negeri di
Malaysia.

Beliau berkata walaupun tidak diperuntukkan secara jelas di dalam
Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang itu hendaklah berpegang
dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ini berdasarkan keputusan muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 5 Mei 1996.

Sementara itu menjawab soalan tambahan berhubung ketetapan terhadap
ajaran pluralisme dan liberalisme di negara ini, Jamil berkata ajaran
tersebut sebenarnya perlu ditolak.

"Muzakarah Fatwa sudah bermuzakarah dan mengambil ketetapan bahawa
kedua-dua ajaran iaitu, pluralisme dan liberalisme ditolak di Malaysia
dan penguatkuasaan terhadapnya dibuat dengan mengambil kira enakmen
sedia ada dalam konteks negara," katanya.

-- BERNAMA
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Dewan Negara: Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan Wajar Kekal Dalam Bentuk Asal - Jamil Khir"

Catat Ulasan