Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 4 Ogos 2011

TDM : Panglima 4 Divisyen yang baru

Abdul Rahim Dilantik Panglima 4 Divisyen

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Mej Jen Datuk Abdul Rahim Mohd Yusoff pada Khamis mengambil alih jawatan Panglima 4 Divisyen dari Jen Datuk Zulkiple Kassim.

Dalam satu majlis di Kem Wardieburn di sini, Abdul Rahim, 55, yang sebelum ini Panglima Latihan Tentera Darat, menerima tugas itu daripada Zulkiple yang dilantik Panglima Medan Tentera Darat.

Zulkiple dalam ucapannya berkata anggota tentera juga mudah terdedah kepada gejala sosial.

"Hanya anggota yang terlatih dan mempunyai jati diri dapat menjaga profesionalisme ketenteraan," katanya.

Beliau juga berkata tahap keselamatan kem, stor senjata dan gudang peluru tentera mesti diutamakan kerana musuh negara kini muncul dalam pelbagai bentuk.

"Kita harus sentiasa peka, bersedia dan mengambil langkah mempertingkatkan kawalan di dalam kem. Sikap alpa, cuai dan tidak ambil kisah adalah faktor yang menjurus kepada berlakunya kejadian yang tidak diingini," katanya.

Abdul Rahim sebelum ini merupakan Panglima Latihan Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan akan memulakan tugasnya sebagai Panglima 4 Divisyen yang ke-17, bermula hari ini.

Zulkiple ketika menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan tugas itu mengingatkan setiap anggota 4 Divisyen tentang peranan serta tugas mereka menjaga kawasan seperti yang telah diamanahkan.

Beliau juga menekankan kepentingan setiap anggota menghindari perbuatan yang bercanggah dengan norma-norma profesion ketenteraan demi menjaga nama baik organisasi serta tidak terpengaruh dengan ancaman daripada pihak tidak bertanggungjawab.

"Musuh-musuh negara kini muncul dalam pelbagai bentuk seperti golongan pelampau, perompak, blogger serta kelompok pejuang kebebasan. Jadi, kita perlu sentiasa peka, bersedia dan mengambil langkah mempertingkatkan tahap keselamatan organisasi serta negara.

"Sikap alpa, cuai dan tidak ambil kisah adalah faktor yang menjurus kepada berlakunya kejadian yang tidak diingini," katanya.

Markas 4 Divisyen berperanan menjaga keselamatan serta mempertahankan wilayah-wilayah tengah negara iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dalam pada itu, Zulkiple berharap kesinambungan segala komitmen yang dicurahkan kepadanya selama ini diteruskan terhadap panglima baru tanpa rasa prejudis serta dilaksanakan dengan ikhlas.

Beliau juga yakin, sokongan, kerjasama serta komitmen yang diberikan oleh setiap anggota akan menjadikan divisyen tersebut 'Disegani Kawan dan Digeruni Lawan'.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TDM : Panglima 4 Divisyen yang baru"

Catat Ulasan