Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 5 Ogos 2011

TDM : Demonstrasi Kuasa Tembakan 2011


KuasaTembakan2011Demonstrasi Kuasa Tembakan Tentera Darat siri 40/2011 pada 14 Julai 2011 di Lapang Sasar Asahan berlangsung dengan jayanya. Ketibaan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek bin Hj Hassan dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin tepat jam 9.30 pagi disambut dengan demonstrasi tembakan dari 35mm Oerlikon Gun iaitu Artileri Pertahanan Udara sebagai gimik ketibaan kepada para jemputan yang menyaksikan DKT pada tahun 2011 ini.

Menurut Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Razali bin Hj Ahmad demonstrasi kali ini akan dipersembahkan dalam dua segmen iaitu Demonstrasi Dinamik dan Demonstrasi Kuasa Tembakan.

Gabungan Penggempur 3 Divisyen memulakan demonstrasi Dinamik dengan meorientasikan sasaran seterusnya memperkenalkan senjata seksyen dan platun bagi Batalion Infantri Standard(BIS). Turut dipertontonkan adalah kenderaan kompeni Infantri Mekanise dengan 14 buah Adnan serta senjata bantuan batalion seperti Heavy Machine Gun, Automatic grenade Launcher, Peluru Berpandu Eryx, Metis-M dan Bakhtar Shikan serta 81mm Mortar. Manakala kenderaan Armor yang mengambil bahagian adalah CONDOR, SIBMAS dan Stormer serta SCORPION dan PENDEKAR. Tidak ketinggalan senjata dan peralatan Artileri iaitu Mortar 105mm dan 155mm, Misil Anza, Igla dan FN-6, Meriam 35mm Oerlikon dan Roket ASTROS.

Segmen kedua, Demonstrasi Kuasa Tembakan dimulakan dengan orientasi Sasaran seterusnya demonstrasi daripada pesawat TUDM, Mortar 81mm, meriam 105mm PH L5, Meriam 155mm G5 Mk III dan Senjata Ringan Launcer Berganda (SRLB) ASTROS II (SS 30).

Ketua Setiausaha Negara, Panglima Tentera Darat, Timbalan Ketua Polis dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan juga turut di bawa menyaksikan Pameran Statik.

Seramai 2000 trup, 340 kenderaan pelbagai jenis dan lebih 240 senjata pelbagai kaliber telah mengambil bahagian di Lapang Sasar Asahan bagi menjayakan Demonstrasi Kuasa Tembakan tahun 2011.

Turut hadir pada demonstrasi tersebut adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Panglima-panglima, pegawai dan anggota tentera serta penjawat awam Kementerian Pertahanan.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TDM : Demonstrasi Kuasa Tembakan 2011"

Catat Ulasan