Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 5 Ogos 2011

TDM : 38 pegawai kanan Tentera Darat naik pangkat


ZULKIFLI Zainal Abidin (kiri) memakaikan pangkat Leftenan Jeneral kepada Zulkiple Kassim di Wisma Transit, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Tentera Darat mencatat sejarah dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila 38 pegawai kanannya dinaikkan pangkat serentak.

Kenaikan pangkat tersebut melibatkan jawatan Leftenan Jeneral, Mejar Jeneral, Brigedier Jeneral, Kolonel dan Leftenan Kolonel.

Antara tersenarai Panglima Medan yang baru dilantik, Datuk Zulkiple Kassim yang dinaikkan pangkat kepada Leftenan Jeneral berkuat kuasa esok.

Beliau yang ditemui selepas majlis pemakaian pangkat tersebut berkata, kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Panglima Medan yang baru adalah satu tanggungjawab besar.

Bagaimanapun, beliau yakin, kenaikan pangkat serta lantikan tersebut memberi motivasi kepadanya supaya berusaha lebih gigih bagi meneruskan kecemerlangan Tentera Darat dan ATM.

"Tanggungjawab yang bakal saya pikul selepas ini lebih besar tetapi saya menerimanya sebagai cabaran.

"Panglima-panglima sebelum ini telah melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang. Segala rancangan juga telah diatur dengan kemas sebelum ini, jadi saya akan melaksanakan serta menyambung usaha mereka itu supaya kecemerlangan Tentera Darat serta ATM dapat ditingkatkan," katanya.

Upacara pemakaian pangkat dilaksanakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin.

Turut dinaikkan pangkat ialah Panglima 2 Divisyen yang baru iaitu Datuk Azizan Md. Delin. Beliau akan bergelar Mejar Jeneral mulai esok.

Zulkiple mengambil alih tugas Panglima Medan sebelum ini iaitu Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi yang baru dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TDM : 38 pegawai kanan Tentera Darat naik pangkat"

Catat Ulasan