Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 5 Ogos 2011

Hadis 3 : Fadhilat Ramadhan



Daripada Hazrat Ka'ab Bin 'Ujrah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : ' Hadirlah ke mimbar! Maka kami pun telah hadir. Apabila baginda naik satu anak tangga mimbar, baginda berkata ' Amin' dan apabila naik anak tangga yang kedua, baginda berkata ' Amin ' dan apabila naik anak tangga yang ketiga baginda berkata ' Amin '. Apabila baginda turun, kami telah bertanya ' Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar. Baginda bersabda : ' Sesungguhnya Jibrail telah muncul kepadaku dan berkata ' Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan'. Maka aku berkata " Amin'. Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata ' Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan di depannya, tidak pula dia menselawatimu. ' Aku juga berkata ' Amin' dan apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata ' Binasalah dia yang mendapati kedua ibu-bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi ,mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga'. Aku berkata ' Amin '.

Huraian Ringkas

Dalam hadis ini Jibrail a.s. telah memohon tiga doa ( kebinasaan ) dan Rasulullah s.a.w pula telah mengaminkan ketiga-tiganya. Pertama apa kurangnya dalam doa Jibrail a.s, satu malaikat yang begitu hampir dengan Allah s.w.t. dan kemudian jelas kepada kita amin Rasulullah s.a.w. pula telah menjadikan doa itu kuat. Hanya Allah s.w.t. dengan limpah-Nya sahaja boleh memberi taufiq kepada kita untuk menjauhi ketiga-tiga perkara itu supaya kita terpelihara dari semua kebinasaan itu. Jika tidak, tiada sebarang kesangsian lagi terhadap kebinasaan kita sendiri. Di dalam sesetengah riwayat dari kitab Durre- Manthur dinyatakan bahawa Jibrail a.s. sendiri yang berkata kepada Nabi s.a.w. ' Katakanlah Amin!'. Lalu Rasulullah s.a..w. pun berkata 'Amin'. Dengan itu dapat diketahui bahawa perkara itu lebih diambil berat.

Orang pertama ialah dia yang Ramadhan datang kepadanya tetapi dia masih tidak diampunkan. Yakni bulan yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan seperti Ramadhan itu pun masih dihabiskan dengan kelalaian. Di dalam Ramadhan keampunan dan rahmat Allah s.w.t. turun seumpama hujan. Oleh kerana itu sesiapa yang Ramadhan pun berlalu padanya dalam keadaan keburukan dan kecuaian begitu sekali sehingga menyebabkannya terluput dari keampunan, maka masa mana lagi yang boleh menjamin keampunan untuknya dan apa lagi yang hendak ditunggu untuk kebinasaannya. Sementara jalan untuk mendapat keampunan ialah dengan menunaikan amalan-amalan Ramadhan seperti puasa dan tarawih dengan sepenuh-penuh perhatian dan kemudian pada setiap masa memperbanyakkan taubat dan istighfar ke atas dosa-dosa sendiri.

Semoga Allah s.w.t. menerima amalan-amalan baik kita dan memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. ... Amin.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Hadis 3 : Fadhilat Ramadhan"

Catat Ulasan