Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 5 Ogos 2011

Timbalan Panglima Tentera Darat yang baru

Serah Terima Tugas Timbalan Panglima Tentera Darat

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Dato’ Seri Panglima Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi di lantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat menggantikan Jeneral Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin yang kini menjawat jawatan Panglima Tentera Darat.

Majlis penyerahan tugas kepada Timbalan Panglima Tentera Darat yang baru itu dilaksanakan sendiri oleh Jeneral Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan.

Dalam ucapan pelantikannya, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi berharap akan mendapat sokongan semua pihak terutamanya daripada Panglima Tentera Darat supaya dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.

A.Hasbullah Timbalan Panglima Tentera Darat Baru

Ahmad Hasbullah dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat

KUALA LUMPUR 5 Ogos — Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Beliau mengisi jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat yang dikosongkan oleh Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin yang kini menjadi Panglima Tentera Darat.

Manakala bekas Panglima 4 Divisyen Tentera, Lt Jen Datuk Zulkiple Kassim dinaikkan pangkat sebagai Panglima Medan Tentera Darat yang baru menggantikan Ahmad Hasbullah berkuat kuasa hari ini.

Acara penyerahan tugas itu yang disaksikan Panglima Tentera Darat Datuk Zulkifli Zainal Abidin diadakan dengan penuh istiadat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, malam tadi.

Buat pertama kali, upacara perbarisan itu diadakan bermula pukul 10 malam sempena bulan Ramadan yang disertai oleh 15 pegawai dan 440 anggota di bawah divisyen itu. - Bernama


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Timbalan Panglima Tentera Darat yang baru"

Catat Ulasan