Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 1 Ogos 2011

TDM : Panglima 1 Divisyen yang baru

Mohd. Zaki kini Panglima 1 Divisyen

datuk_zaki

MEJAR JENERAL DATUK MOHD ZAKI BIN HJ MOKHTAR

PSD DSIS DPMP PAT JSD KAT KMN ADK AMS
PPT PNBB (Somalia) MSS (US) MDA (Cranfield)
usawc psc ‘t’ (MA Deftech) mpat

KUCHING - Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mohktar secara rasmi hari ini mengambil alih tugas Panglima 1 Divisyen menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Awie Suboh yang akan bersara.

Majlis serah terima tugas antara kedua-dua panglima itu berlangsung di Padang Kawad Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (KAD), Kem Penrissen, di sini.

Hadir menyaksikan serah tugas tersebut ialah Panglima 3 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Mohd. Ramli Jaafar; Panglima 5 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal dan Panglima 9 Briged, Brigadier Jeneral Stephen Mundaw.

Mohd. Zaki, 54, sebelum ini merupakan Asisten Ketua Staf (AKS) Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Darat (MTD).

Berasal dari Selangor, beliau yang mula menyertai tentera pada 1976 pernah memegang jawatan sebagai Panglima Markas 12 Briged.

Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Operasi 'Mai Pulai' yang bertanggungjawab membawa 21 rangka Iban Trackers dan Sarawak Rangers dari Semenanjung dan Singapura untuk dikebumikan di Kuching, Rabu lalu.

Sementara itu, Awie, 58, semasa berucap pada Perbarisan Serah Terima Tugas menyeru setiap anggota supaya mengekalkan tahap disiplin ketenteraan masing-masing supaya 1 Divisyen akan terus dihormati dan disegani.

Anak kelahiran Sarawak yang berkhidmat dengan Tentera Darat sejak 39 tahun lalu akan bersara wajib pada 12 November ini selepas memegang jawatan tersebut selama dua tahun.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TDM : Panglima 1 Divisyen yang baru"

Catat Ulasan