Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 24 Oktober 2011

‘Suami usah jadi dayus’

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my



Menyalahgunakan kaedah tebus talak seolah-olah untuk ‘membeli’ isteri orang lain perbuatan yang tidak digalakkan oleh Islam dan boleh mengundang kemurkaan Allah.
Wakil Himpunan Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya, berkata perkara ini jelas berdasarkan satu hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Jangan kamu masuk meminang pinangan saudara kamu apatah lagi mengambil isteri saudara (seagama) kamu.”

“Hadis ini jelas peringatan kepada orang yang nak beli isteri orang lain. Ia menunjukkan Islam tidak menggalakkan amalan mengahwini isteri orang lain terutama apabila perceraian itu dibuat secara tebus talak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai pengakuan seorang wanita dikenali sebagai Normah, 31, yang diberi teman lelakinya RM20,000 sebagai bayaran tebus talak supaya diceraikan suami sebelum dia berkahwin dengan teman lelakinya itu.

Menurutnya, apabila ada pihak yang mempermainkan hukum kahwin cerai sedangkan nilai akad adalah terlalu tinggi dan melengkapi hidup seseorang Muslim, maka bersedialah untuk menerima hukum Allah kelak.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "‘Suami usah jadi dayus’"

Catat Ulasan