Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 3 November 2012

ATM pantau pengganas


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau kegiatan pengganas di negara ini bagi mengelakkan negara terus menjadi pusat transit kepada sebarang aktiviti kumpulan berkenaan.
 
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, usaha pemantauan itu turut disokong dengan perkongsian maklumat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan.

"Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah mendedahkan negara kita menjadi pusat transit kepada kumpulan pengganas. Oleh itu, ATM sentiasa memantau keadaan ini dan bekerjasama dengan PDRM selaku agensi utama membanteras kegiatan keganasan di negara ini.

"Selain itu, ATM juga berkongsi maklumat serta risikan dengan agensi-agensi perisikan antara negara di dunia bagi mendapatkan informasi terkini dalam usaha mengelakkan negara daripada terus menjadi pusat transit kepada pengganas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri program menderma darah sempena majlis Sambutan Ulang Tahun ke-79 ATM di Dewan Seroja, Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.

Mengulas pergolakan di selatan Thailand yang dilihat semakin membimbangkan, Zulkifeli bagaimanapun memberitahu, situasi di sempadan Malaysia dan Thailand berada dalam keadaan terkawal.

Katanya, rakyat tidak perlu bimbang dengan situasi yang berlaku di selatan negara itu kerana ATM yakin keganasan tersebut tidak akan menular ke negara ini.

Selain itu, tambah beliau, ATM juga sering berhubung dengan Angkatan Bersenjata Diraja Thailand untuk memastikan keadaan di sempadan kedua-dua negara selamat.

"Situasi di sempadan Malaysia dan Thailand berada dalam keadaan normal walaupun kita sering menerima berita berlakunya pergolakan seperti serangan hendap dan letupan bom, tetapi ATM sentiasa bersiap siaga mempertahankan negara sekiranya keganasan tersebut menjadi ancaman," katanya.

Dalam pada itu, Zulkifeli memberitahu, ATM tidak bercadang menambah bilangan anggotanya di sempadan negara kerana kekuatan anggota yang melaksanakan operasi di kawasan tersebut ketika ini sudah memadai.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM pantau pengganas"

Catat Ulasan