Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 1 November 2012

Majlis pemakaian pangkat bagi pemain bolasepak ATM


Majlis Pemakaian Pangkat Bagi Pemain Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diadakan pada 19 Okt 12 bertempat di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.  Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin.  Seramai 7 orang pemain di dalam Pasukan Bola Sepak ATM yang merupakan anggota ATM telah dikurniakan kenaikan pangkat sebagai penghargaan di atas jasa bakti yang telah dicurahkan dalam membantu pasukan sehingga layak ke peringkat akhir Piala Malaysia 2012. 


Pasukan Bola Sepak ATM telah melakar sejarahnya tersendiri pada tahun ini dengan menjuarai Liga Perdana 2012 dan terkini pasukan telah berjaya melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia 2012 yang berlangsung pada 20 Okt 12 setelah menanti selama 46 tahun untuk mengulangi kejayaan 2 kali layak ke peringkat akhir Piala Malaysia sebelum ini.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Majlis pemakaian pangkat bagi pemain bolasepak ATM"

Catat Ulasan