Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 1 November 2012

TDM : Melahirkan komando terbaik

011020121250SATU platun musuh berkekuatan 28 orang merancang melakukan operasi keganasan selepas berjaya menyusup ke dalam negara ini dan menubuhkan pangkalan operasi sementara di sekitar pantai Air Papan, Mersing.

Bagi menghadapi sebarang ancaman dan serangan balas daripada pasukan keselamatan, kedudukan pertahanan mereka dilengkapi dengan menara kawalan dan pemerhatian, kubu pertahanan, sistem pemancar dan alat komunikasi, peluru berpandu anti pesawat serta pelbagai jenis senjata bantuan dan ringan yang lain. 

Namun kehadiran tidak diundang mereka telah dapat dikesan oleh pasukan keselamatan lantas satu operasi untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti kumpulan pengganas tersebut dilaksanakan.

Setelah semua maklumat awal diperoleh, satu tim perenang tempur daripada Skuadron Perahu Tempur Grup Gerakhas (GGK) melaksanakan tinjauan bagi mengumpul maklumat yang lebih terperinci menerusi pelbagai teknik. 

Dengan kepakaran yang dimiliki dan sistem persenjataan dan peralatan tempur yang lengkap, anggota GGK berjaya menyusup dan menghampiri kedudukan musuh tanpa dikesan bagi melakukan aktiviti pengintipan, pemerhatian dan pendengaran mengenai aktiviti musuh dan menyalurkannya kepada pasukan penggempur utama. 

Setelah misi tinjauan membuahkan hasil, kumpulan peninjau berundur dan penarikan keluar dari lokasi musuh dilaksanakan antaranya dengan menggunakan helikopter.

Setelah semua maklumat diperoleh dan diselaraskan, satu misi serangan bersepadu dirancang yang melibatkan pelbagai pihak. 

Sebaik sahaja fajar menyingsing, serangan mengejut ke atas kedudukan musuh dimulakan dengan bantuan tembakan daripada dua buah pesawat Agusta bagi 'melembutkan' sasaran.

Selain itu, helikopter tersebut turut melaksanakan areal sniping bagi memberikan bantuan tembakan perlindungan kepada pasukan penggempur yang membuat serangan selain menyalurkan maklumat terperinci mengenai kedudukan sasaran utama. 

Serangan ke atas kedudukan musuh dilakukan dengan penuh taktikal dan agresif bertujuan pemusnahan segera sasaran bagi mengelak ancaman serang balas selain menghalang musuh menghubungi bantuan yang mampu menggagalkan serangan pasukan penggempur. 

Tanpa menghiraukan kesukaran dan bahaya yang berada di depan mata, anggota penggempur Tentera Darat melakukan serangan mengejut ke atas kedudukan musuh.

Setelah berlaku pertempuran dengan sengit, akhirnya kedudukan pertahanan sementara musuh dapat ditawan dan dimusnahkan. Kejayaan itu menghalang musuh daripada meneruskan hasrat untuk melaksana operasi keganasan yang lain. 

Senario tersebut adalah antara kandungan yang dipamerkan dalam demonstrasi oleh anggota Tentera Darat yang tamat menjalani Kursus Asas Komando siri 2/2012 di Mersing baru-baru ini.

Mereka adalah sebahagian daripada 250 anggota yang telah mengikuti kursus berkenaan sejak tiga bulan lalu dan hanya 56 daripada mereka berjaya menamatkan kursus yang penuh dengan cabaran berkenaan.

Panglima Tentera Darat, Jen. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, mereka yang berjaya menamatkan kursus pada hari tersebut merupakan kelompok remaja yang hebat.

Katanya, ini kerana mereka mempunyai jiwa patriotik yang kental, daya juang yang sangat tinggi selain kekuatan dan ketahanan mental serta fizikal di tahap terbaik kerana sedia berkorban untuk negara pada usia muda.

"Ketika sebahagian remaja menghabiskan masa di jalanan, kafe siber, melepak di pusat hiburan serta leka dengan dunia teknologi serta gajet berteknologi tinggi, ada sekumpulan anak muda yang sanggup menghabiskan masa muda mereka mengharungi cabaran yang menguji mental dan fizikal untuk menjadi perajurit komando.

"Mereka yang dianugerahkan Beret Hijau adalah yang terbaik daripada kalangan yang terbaik," katanya pada majlis tamat latihan itu.

Menurut Zulkifli, mereka yang berkhidmat dalam pasukan khusus bukan sahaja mempunyai kerjaya yang terjamin sebaliknya berpeluang melanjutkan pengajian akademik di peringkat tertinggi sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam laluan kerjaya mereka.
''Kejayaan dianugerahkan Beret Hijau tersebut sebenarnya hanyalah permulaan kepada kerjaya yang lebih mencabar,'' ujar beliau.

Selain itu, Zulkifli turut menyeru kepada penerima Beret Hijau berkenaan agar sentiasa mengamalkan ajaran Islam dan menjauhi segala perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama bagi melahirkan perajurit yang mempunyai jati diri dan unggul.

Dalam upacara yang disaksikan oleh lebih 1,500 ahli keluarga dan penduduk di sekitar kawasan berkenaan, anggota Tentera Darat yang berjaya menamatkan kursus asas komando berkenaan dianugerahkan dengan Beret Hijau Komando, diploma dan Pisau Komando. 

Yang turut hadir dalam majlis berkenan ialah Panglima Latihan TD, Mejar Jen. Datuk Mazelan Kasap dan Panglima 21 GGK, Brig. Jen. Effendi Abd. Karim.

Panglima Tentera Darat juga menyampaikan hadiah kepada penuntut terbaik kursus, Prebet Mohd. Salleh Abd. Wahab daripada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TDM : Melahirkan komando terbaik"

Catat Ulasan