Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 3 November 2012

ATM : Skuad Misi kemanusiaan berisiko tinggi

PASUKAN Atur Cepat (10 Briged Para) menggalas tugas sebagai Tim Keselamatan MALCON-ISAF.  
PASUKAN Atur Cepat (10 Briged Para) menggalas tugas sebagai Tim Keselamatan MALCON-ISAF.
 
Pasukan Atur Cepat pastikan misi MALCON-ISAF di Afghanistan lancar, selamat

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan setiap pegawai dan anggotanya dilindungi, terutama membabitkan mereka yang menyertai misi antarabangsa di negara asing atau wilayah diisytiharkan sebagai zon perang.

Ia berikutan mereka turut terdedah kepada pelbagai ancaman keselamatan walaupun misi mereka tidak membabitkan sebarang penugasan konflik atau operasi ketenteraan seperti Kontinjen Malaysia - Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (MALCON-ISAF) yang lebih bertumpu kepada misi kemanusiaan di Bamiyan, Afghanistan. 

 

Ketua Tim Keselamatan MALCON-ISAF, Kapten Elias Md Radzi, berkata walaupun lokasi penugasan mereka diisytihar wilayah selamat berbanding Kabul dan Kandahar, masih wujud risiko keselamatan termasuk serang hendap pemberontak sama ada menggunakan bom buatan sendiri (IED) atau pengebom berani mati, selain periuk api.

“Mei lalu, seorang doktor dan jururawat terbunuh selepas kenderaan perubatan mereka diserang hendap di sempadan Bamiyan-Parwan disusuli kejadian mengorbankan seorang anggota tentera New Zealand, 3 Ogos lalu apabila kenderaan perisainya melanggar periuk api tidak jauh dari kem mereka.


“Ini membuktikan isu keselamatan tidak boleh dipandang ringan di sini. Kami dibekalkan senjata jenis Raifal M4 Carbine 5.56mm dan MGR Minimi 5.56mm, memakai topi dan jaket kalis peluru, selain menggunakan kenderaan khas dilengkapi teknologi keselamatan serta sistem komunikasi terkini,” katanya ditemui di Kem MALCON - ISAF.


Selain Elias, turut terbabit dalam operasi itu ialah Staf Sarjan Awab Talhah, Sarjan Abang Supian Abang Zulkifli, Koperal Sazali Sulaiman, Lans Koperal Abdul Ghafar Osman, Lans Koperal Wan Rahmat Wan Harun, Lans Koperal Mohd Jake Muhammad Jirat, Lans Koperal Mohd Khairul Anuar Rokimi dan Lans Koperal Ahmad Mahmud Bakron.


Mereka adalah pegawai dan anggota Pasukan Atur Cepat (PAC) yang berpangkalan di Markas 10 Briged Para, Kem Terendak di Melaka. 

 
PAC juga sebuah pasukan elit payung terjun setaraf pasukan elit kebanggaan Amerika Syarikat (AS), Delta Force yang mempunyai kemahiran taktikal peperangan dan mampu melaksanakan misi berisiko tinggi.

Elias berkata, mereka menjalani latihan sebulan di Kem Terendak, Melaka dan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) bagi mempersiapkan mereka dari segi mental serta fizikal, malah latihan itu masih diteruskan dari semasa ke semasa di Kem MALCON-ISAF dengan bantuan Angkatan Tentera New Zealand.


“Ini termasuk latihan fizikal, kelas memandu, kemahiran menembak, kawal rapat dan konvoi kenderaan, selain persediaan menghadapi musim sejuk.


“Ia bagi memenuhi keperluan penugasan di wilayah ini kerana kami bukan sekadar menghadapi ancaman keselamatan, malah cuaca ekstrem dan bentuk muka bumi yang amat mencabar,” katanya.


Katanya, Bamiyan adalah sebuah wilayah pergunungan, dengan keadaan jalannya cukup mencabar dan sukar dilalui untuk ke kawasan operasi yang kebanyakannya terletak di pedalaman.


“Lebih sukar bila tiba musim sejuk apabila kebanyakan kawasan dilitupi salji tebal. Ia cukup mendebarkan kerana terpaksa melalui lereng gunung yang terdedah kepada risiko runtuhan salji. Ini benar-benar menguji keberanian dan kecekapan memandu (kenderaan 4X4), selain kemahiran membaca laluan berdasarkan peta.


“Adalah menjadi tugas kami untuk mengenal pasti sama ada sesebuah kawasan operasi, termasuk laluannya selamat dari sebarang bentuk ancaman dan boleh membahayakan keselamatan pasukan,” katanya.


Sebelum ini, PAC pernah menyertai beberapa misi antarabangsa termasuk Operasi Tim Perubatan Malaysia (MASMEDTIM) di Chaman, Pakistan; Kashmir, India dan Aceh, Indonesia; Operasi Astute (Timor Leste) serta MALCON-UNIFIL (Lubnan), selain Ops Pasir bagi menghalang pencerobohan pengganas dari negara ke Malaysia.


Selain PAC, tiga lagi pasukan elit ATM ialah Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Udara (Paskau) dan Pasukan Khas Laut (Paskal) yang kini dikenali sebagai KD Panglima Hitam.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM : Skuad Misi kemanusiaan berisiko tinggi"

Catat Ulasan