Hari ini, ku tatap langit namun tak seindah dulunya Ku lihat bintang tapi tak sesinar biasa nya Aku bertanya kepada angin, mungkinkah cinta ku bertahan Ia menjawab semua telah berakhir
Ku tanya lagi pada dinding tua yang ku sandar Kerna aku tak percaya dan ia hanya tersenyum Mungkin kah cinta ku berakhir, sanggupkah ku kehilangannya Ku cuba melupakan mu, tapi aku yakin berlari dalam bayang mu pun aku tak mampu Tuhan jangan biarkan cinta ku berakhir di sini
‘Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMU. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar DIA milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pasanganku, maka Kau bukalah pintu hatinya untuk menerimaku. Berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn..’
Naim Qlate
Laman Naim Qlate : Suatu Ketika 2011. Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan: on "Puisi : Mungkinkah cintaku"
Catat Ulasan