Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 1 November 2012

ATM : Malbatt 5 berlepas ke Lebanon

Seramai 300 orang Kumpulan Pertama Kontinjen MALBATT 5 terdiri  dari 37 Pegawai  dan 263 LLP termasuk 7 anggota dari Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei (ABDB) dan 6 anggota wanita yang menyertai Misi Pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 22 Okt 12 dengan diketuai oleh Komander MALBATT 5, Kol Zainal Abidin bin M Said.


Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah memakaikan Beret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kepada semua peg dan anggota Kumpulan Pertama MALBATT 5 dalam satu perbarisan ringkas yang diadakan sebelum mereka berlepas.


Panglima Angkatan Tentera, dalam ucapannya menegaskan supaya MALBATT 5 meneruskan kecemerlangan tugas dan keunggulan pasukan di bawah panji-panji UNIFIL terus dikekalkan. “Ketumbukan Malaysia dipandang tinggi bukan sahaja kerajaan dan rakyat tempatan malah pasukan-pasukan lain di bawah UNIFIL memandang tinggi kemampuan, kebolehan dan sikap professional kita. Kontinjen negara juga dikategorikan sebagai salah satu yang diterima cemerlang oleh penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan fahaman menurut laporan Military Civil Outreachs Unit UNIFIL yang membuat penilaian bagi semua pasukan”.


Pelaksanaan  tugas dan fungsi MALBATT adalah berdasarkan mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu melaksanakan Resolusi 1701 bagi menentukan kestabilan dan keselamatan di kawasan tanggungjawab United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL).  MALBATT 5 yang mempunyai kekuatan 540 anggota iaitu 54 Peg dan 486 LLP akan mengambilalih tugas pada 29 Okt 12 daripada MALBATT 4 dan akan berkhidmat di Bumi Lebanon selama setahun. Kumpulan Kedua MALBATT 5 akan berlepas pada 30 Okt 12.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM : Malbatt 5 berlepas ke Lebanon"

Catat Ulasan