Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 15 Mac 2011

Halaqahnet di Akhbar

Tidak disangka program gathering HHH 4 kali ini mendapat liputan akhbar. Siapa duga, apa yang kita lakukan secara senyap pun masih ada akhbar yang sudi datang melihat program yang sedang berjalan.

Halaqah Net hasrat tawan belia

KAMPUNG KOLAM – Tawan seramai mungkin belia dalam usaha menyatupadukan golongan itu supaya menjadikan Islam sebagai panduan kehidupan seharian.

Itulah sebahagian objektif penubuhan Halaqah Net, sebuah lagi forum komuniti Muslimin dan Muslimat yang terkenal serta mendapat perhatian di internet.

Setakat ini, Halaqah Net bukan sahaja berjaya mengumpul ahli forum di alam maya malah dapat mengadaptasikannya ke alam nyata menerusi program tahunan yang dianjurkan forum komuniti berkenaan.

Pengarah Program Gathering Himpunan Halaqian Halaqah, Munaliza Ismail berkata, program bertujuan mengumpulkan semua ahli forum dan memberi peluang ahli forum mengenali antara satu sama lain secara mendalam kerana sebelum ini mereka hanya berkomunikasi di alam maya.

“Walaupun sebelum ini kami hanya berkomunikasi secara maya, tetapi kini berpeluang bersua muka pada program ini.

“Alhamdulillah, sejak penubuhan forum sehingga kini, kami berjaya mengumpul seramai 43,890 ahli forum berdaftar dan dapat menyalurkan banyak maklumat kepada ahli di seluruh Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, aktiviti yang bertemakan Persiapan Diri Menghadapi Kematian yang berakhir semalam itu memfokuskan kepada unsur keagamaan termasuk membincangkan soal kepentingan mendalami Islam.

“Melalui program ini juga, mereka dapat me-ngeratkan silaturahim sesama ahli forum dan mengembangkan lagi ilmu Islam serta menyebarkan dakwah ke arah yang lebih berkesan,” katanya.

Program tahunan itu berjaya mengumpul 35 ahli forum seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 ulasan: on "Halaqahnet di Akhbar"

wan sgmt berkata...

salam Hj Naim.. Ape kata hang buat buletin untuk HHH4 ni.. buat mcm ni pun ok juga.. bual la beberapa page..

Naim Qlate berkata...

Salam Wan, Insyaallah akan aku buat tapi tgk masalah yer...apa yg ada dlm halaqah pasal HHH4 tu termasuk pic aku masukkan dlm blog sbg rujukan pembaca, mna tau ada yg minat nak join gath akan dtg.

Catat Ulasan