Oleh Shuhairimi Abdullah
MANUSIA diciptakan Allah bersifat kreatif dan dinamis untuk memajukan diri, keluarga dan membangunkan institusi masyarakat. Islam memberi dorongan kepada manusia untuk menggembleng daya dan usaha memakmurkan hasil alam yang menjadi sebahagian nikmat pemberian Allah.
Daya usaha ke arah penjanaan hasil alam ataupun harta ini diistilahkan sebagai penerokaan pencarian rezeki. Fazlur Rahman dalam karyanya ‘Islam and Problem of Economic Justice’ mengatakan dalam istilah keagamaan ia dikenali sebagai ‘Ibtaghu min Fadl li Allah’.
Penegasan ini disyaratkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Apabila menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu berjaya.” (Surah al-Jumu`ah, ayat 10)
Merujuk kepada maksud firman Allah itu, Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya mengemukakan pandangan bahawa selepas manusia selesai menunaikan solat, maka mereka diminta untuk meneruskan aktiviti pekerjaan mencari rezeki di bumi Allah ini.
Meskipun manusia dituntut beriltizam melaksanakan tanggungjawab itu, namun di akhir ayat ia menuntut manusia mengikat diri kepada Pencipta-Nya. Secara prinsipnya, Islam menyeru penganutnya memaksimumkan usaha dalam soal pencarian kurnia Allah (rezeki).
Walau bagaimanapun, usaha ke arah pencapaian itu perlu ada batasannya supaya manusia tidak bersikap alpa dan lalai daripada mengingati Allah kerana kepatuhan manusia kepada titah perintah Allah akan menatijahkan kejayaan yang hakiki.
Interpretasi dikemukakan oleh pemikir Ibn Kathir menampilkan pandangan bahawa objektif kejayaan yang perlu dikejar setiap individu manusia ialah mendapat rahmat daripada Allah bukan saja di dunia tetapi juga berkesinambungan di alam akhirat nanti.
Tegasnya, pensyariatan pencarian rezeki berorientasikan keuntungan bukanlah satu tindakan menyalahi syarak. Berdasarkan kajian yang dilakukan Charles C Torey dalam ‘The Commercial-Theological Term in the Koran’ membuktikan terminologi perdagangan ataupun perniagaan bermotifkan keusahawanan yang sudah diulang sebanyak 370 kali dalam al-Quran.
Gambaran sedemikian membuktikan ia memperlihatkan manifestasi nilai yang bersifat komersial disokong sepenuhnya oleh al-Quran.
Jika disingkap sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW, Baginda juga antara individu usahawan yang berjaya sama ada dalam bidang perniagaan, pengurusan dan kemanusiaan. Dalam konteks perniagaan, Baginda berjaya menguruskan perniagaan dimiliki Saidatina Khadijah dengan cemerlang.
Begitu juga aspek kemanusiaan, Baginda melakukan transformasi manusiawi ke atas penduduk Arab dan berjaya mengislahkan masyarakat yang tenggelam dalam dunia jahiliah kepada akidah yang segar.
Baginda memberi tunjuk ajar kepada masyarakat Arab mengenai kebebasan berfikir dan pembentukan institusi masyarakat berteraskan kebebasan individu, keadilan dan kemuliaan keperibadian yang luhur.
Sirah yang berlaku ini jelas menunjukkan Rasulullah SAW bersikap positif terhadap aktiviti keusahawanan. Ironinya, aktiviti pengumpulan harta adalah sesuatu yang dituntut kepada setiap individu namun ia perlu dilakukan dalam satu kerangka yang sihat menurut syarak.
Jika diperhatikan dalam al-Quran, ada apreasiasi terhadap golongan manusia yang memakmurkan alam atau pun dikenali sebagai pengusaha adalah satu usaha yang murni. Tindakan itu mencerminkan ia sebagai asas landasan kepada prasyarat masyarakat berperadaban tinggi.
Justeru, sudah tiba masanya bagi umat Islam untuk bangkit dan memperkasakan bidang ekonomi melalui aktiviti keusahawanan kerana jika diperhatikan dalam penguasaan pemilikan ekonomi sama ada di peringkat tempatan atau global, ekonomi masyarakat Islam masih berada tahap sederhana.
Barangkali tidak ramai lagi usahawan Muslim yang bersedia untuk bersaing di pentas lebih terbuka apatah lagi untuk sama-sama berdiri dengan usahawan luar bertaraf konglomerat. Jika adapun, ia hanya mewakili individu kecil dan boleh dihitung.
Oleh itu, usahawan Muslim perlu mempunyai paradigma untuk bersama menjadi juara dalam lapangan perniagaan yang dimonopoli pihak lain.

0 ulasan: on "Perancangan perlu dibuat wujud usahawan Muslim"
Catat Ulasan