Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 9 Mac 2011

Kapal baru SGPV-LCS hasil perjanjian penswastaan

KUALA LUMPUR — Perolehan Kapal Tempur Peronda Pesisir Generasi Kedua (SGPV-LCS) tidak dibuat secara tender terbuka kerana ia merupakan kesinambungan daripada perjanjian penswastaan yang ditandatangani antara kerajaan dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 11 Disember 1995.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menjelaskan perkara itu berkata, melalui perjanjian tersebut kerajaan bercadang untuk membina 27 buah kapal peronda generasi baru berkenaan.

"Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan industri maritim negara, menggunakan infrastruktur yang ada di dalam negara serta menjadi pemangkin kepada perkembangan teknologi dan industri berat.

"Ia menyediakan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada vendor,” katanya memberikan penjelasan ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Lim bertanya mengenai kos terkini bagi BNS untuk membina kapal berkenaan dan sama ada proses tender dibuat sebelum kontrak dikeluarkan kepada syarikat berkenaan. — Bernama

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kapal baru SGPV-LCS hasil perjanjian penswastaan"

Catat Ulasan