Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 9 Mac 2011

Minda Pengarang: Kerajaan mesti bertindak terhadap kumpulan hasut rakyat guling pemerintah

CUBAAN menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat menerusi proses demokrasi perlu dipandang serius dan dihentikan serta-merta. Perbuatan itu bukan saja boleh menggugat ketenteraman awam dan mencetuskan huru-hara, malah mencabul demokrasi serta Perlembagaan. Ketika seluruh jentera sektor awam dan swasta digembleng memajukan negara, memperkasa kemakmuran serta memperkukuhkan perpaduan, usaha pihak tertentu menghasut rakyat supaya menggulingkan kerajaan, tidak boleh dipandang enteng. Perbuatan seperti itu tidak boleh diterima kerana ia mencabul hak, aspirasi dan kebebasan rakyat. Kerajaan perlu menyekat tindakan melampau mereka yang cuba bermain api dengan menggadai keamanan negara dan kemakmuran hidup rakyat. Kita yakin, ketegasan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kelmarin mahu memantau tindakan pihak yang menghasut rakyat memberontak menerusi laman sosial Facebook, khidmat pesanan ringkas (SMS) serta media alternatif lain, dibuktikan dengan mengheret mereka terbabit ke muka pengadilan. Tindakan tegas itu, selain mempertahankan kepentingan rakyat serta menjaga keselamatan negara, juga membuktikan amaran kerajaan mesti disusuli tindakan tegas. Andai mereka tidak dihukum, kita bimbang rakyat akhirnya mempersoalkan semula ketegasan kerajaan menangani gerakan subversif itu. Lagipun, negara kita mempunyai perundangan berwibawa, komprehensif serta adil untuk membawa mereka ke muka pengadilan. Jika peruntukan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tidak dikuatkuasakan, kerajaan juga boleh bertindak menggunakan Akta Hasutan 1948 atau Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bertindak atas kepentingan 27 juta penduduk negara ini, kerajaan tidak perlu bimbang jika ketegasan kerajaan itu dipolitikkan. Rakyat yang cintakan keamanan mahu kerajaan tegas mempertahankan keamanan bagi membolehkan kehidupan serta pembangunan diteruskan tanpa digugat huru-hara. Amat malang apabila gerakan antikerajaan di kebanyakan negara Arab ketika ini diputarbelitkan serta dipolitikkan pembangkang supaya menjadi inspirasi rakyat untuk menggulingkan kerajaan. Bermula kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan terus dibangkitkan di DUN Merlimau dan DUN Kerdau, kita bimbang hasutan menggulingkan kerajaan dibawa pada kempen pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi, jika tidak disekat. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar melihat kecenderungan ini dari kaca mata undang-undang dan keharmonian berkempen. SPR boleh bekerjasama dengan pihak polis untuk membanteras kempen tidak sihat itu. Semua pihak termasuk parti pembangkang wajar bertanggungjawab dan rasional dalam apa saja tindakan mereka. Hak dan kebebasan demokrasi tidak bererti mereka boleh bersuara tanpa batas undang-undang. Pihak yang menyeret rakyat supaya bertindak di luar batas Perlembagaan bagi menjatuhkan kerajaan yang sah perlu disiasat hingga akar umbi. Kita bimbang ada usaha pihak ketiga atau sokongan asing di belakang mereka. Kita mahu apa jua usaha untuk menghasut rakyat dihentikan serta-merta.

Sumber : Utusan

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Minda Pengarang: Kerajaan mesti bertindak terhadap kumpulan hasut rakyat guling pemerintah"

Catat Ulasan