Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 9 Mac 2011

Dedah rahsia pertahanan negara, gugat kredibiliti ATM

KUALA LUMPUR – Pendedahan maklumat berhubung keupayaan pertahanan negara akan menggugat kredibiliti negara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mendedahkan aspek keselamatan dan rahsia negara kepada pelbagai ancaman seperti jenayah, tohmahan dan fitnah.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, keupayaan pertahanan negara adalah rahsia yang perlu dipertahankan oleh setiap lapisan warga Malaysia yang mempunyai akses terhadapnya.

“Jika didedahkan pelbagai implikasi akan timbul termasuk menjejaskan kredibiliti negara dan ATM. Apa saja maklumat berkenaan kesiapsiagaan pertahanan adalah rahsia negara yang sepatutnya disimpan dan tidak dibincangkan, lebih-lebih lagi dibocorkan kepada pihak luar.

“Menjaga kerahsian negara adalah aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan oleh setiap rakyat di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas rencana tulisan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dalam Utusan Malaysia semalam yang bertajuk ‘Rahsia negara tanggungjawab bersama.’

Azizan berkata, pendedahan maklumat berhubung keupayaan dan rancangan aset-aset pertahanan negara sewenang-wenangnya, tanpa ada kesedaran tentang implikasi negatif terhadap kewibawaan ATM dan kemampuan pertahanan negara pada masa hadapan, tidak sepatutnya berlaku.

Mengulas lanjut, Mohd. Izani yang bersetuju dengan Azizan berkata, menjaga rahsia pertahanan negara bukan sahaja terletak di bahu pihak berkuasa seperti polis dan ATM malah, ia perlu penglibatan setiap rakyat demi memastikan negara selamat daripada ancaman luar.

“Pendedahan rahsia negara umpama pucuk dicita ulam mendatang kepada musuh. Tiada mana-mana negara secara sukarela mendedahkan rahsia ketenteraan mereka, melainkan melalui tindakan pengintipan, sabotaj atau pengkhianatan.

“Secara sedar atau tidak, usaha keterlaluan dalam mempolemik serta mendedahkan perolehan dan keupayaan ATM, umpama mencemuh dan memperlekehkan pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata, penerapan nilai integriti dalam diri rakyat dan warga ATM perlu bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang peri pentingnya menjaga kerahsiaan pertahanan negara.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Dedah rahsia pertahanan negara, gugat kredibiliti ATM"

Catat Ulasan