Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 9 Mac 2011

Sagu hati bekas tentera cedera dibincang dengan PM

Permohonan bagi tuntutan bayaran sagu hati atau ex-gratia bagi bekas anggota tentera yang cedera sewaktu berkhidmat sebelum tahun 2001 telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengemukakan permohonan berjumlah RM19 juta yang melibatkan tuntutan daripada 1,142 pesara tentera.

Menurutnya, bekas anggota tentera terlibat mengemukakan rayuan tersebut setelah pesara tentera yang berkhidmat selepas 2001 mendapat ex-gratia.

"Ini merupakan tuntutan lama yang dikemukakan oleh pesara tentera sebelum 2001 dan saya terpanggil untuk memperjuangkan tuntutan mereka.

"Insya-Allah saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan untuk berbincang supaya kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan ini," katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama veteran ATM di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 11 pesara tentera dan sumbangan kebajikan daripada JHEV.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Sagu hati bekas tentera cedera dibincang dengan PM"

Catat Ulasan