Sayang... indah alam ini ku rasakan seindah cinta yang bersemi setulus hati seikhlas budi seindah hamparan embun pagi
Sayang... kasih sayangku hanya padamu.. sayang jua rindu ini hanya untukmu hanya takdir yg bisa memisahkan cinta antara kita sekukuh ikatan..
ku hiasi mahligai cinta buat naungan dindingnya ku hiasi dengan kesetiaan semuga tak akan goyah dek badai melanda seindah janji terpatri dilembaran jiwa
sayang... pada Allah doa ku panjatkan semoga istana cinta kekal berpanjangan andai terpisah kita didunia... diakhirat cinta bersambungan..
‘Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMU. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar DIA milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pasanganku, maka Kau bukalah pintu hatinya untuk menerimaku. Berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn..’
Naim Qlate
Laman Naim Qlate : Suatu Ketika 2011. Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan: on "Keindahan cinta"
Catat Ulasan