malam.... kepadamu aku mengadu menangisi merayu memohon simpati kau pergi dari hidupku terlalu cepat bahagia yang kuharap hanya sesaat laksana hujan yang turun lebat dan hilang secepat kilat laksana gerimis yang hilang bila mentari datang aku...sendiri terpaku dalam rindu
malam.... kepadamu aku mengadu sakitnya hati ini kau menghilang bagaikan di telan bumi hanya tinggal kesan calar yang masih melekat menyayat tak terucap dengan kata-kata bahawa kau sudah tiada
malam..... kepadamu aku mengadu rindu ini tersangat dalam membenam dalam jantungku bagai ombak yang menghentam dalam dada hinggakan sesak nafasku hinggakan tersiat kembali lukaku kerna rasa rindu yang ada tersangat padat dan ketat
malam..... kepadamu aku mengadu cinta .... kejamnya kamu atau takdirnya sudah begitu Kau kirimkan dia buat aku tapi Kau ambil semula tanpa ku sempat menulis takdirku bersamanya kini yang tinggal padaku hanya sebuah kesunyian
kini aku pasrah dan diam hatiku beku dan kelam kesal dan di mamah malam aku sendiri.... menjadi perindu perindu sepi
‘Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMU. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar DIA milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pasanganku, maka Kau bukalah pintu hatinya untuk menerimaku. Berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn..’
Naim Qlate
Laman Naim Qlate : Suatu Ketika 2011. Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan: on "Malam"
Catat Ulasan