Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 17 Mac 2012

Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke - 79

0203121618KUALA LUMPUR - Tentera Darat pada 1 Mac telah genap usianya 79 tahun, disambut dengan penuh kesederhanaan dengan mengekalkan tema yang sama, “1 Angkatan: Tetap Gagah Tetap Setia".

Dalam perutusannya, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin berkata, Tentera Darat tidak harus leka dengan kejayaan mengatasi sesuatu cabaran kerana banyak lagi dugaan lain yang terpaksa ditempuhi dan perkara itu perlu diharungi bersama sebagai sebuah pasukan. Keadaan geostrategik serantau serta cabaran global yang terpaksa dihadapi pasukan bersenjata itu sentiasa berubah dan tidak menentu.

Menurutnya lagi, bentuk ancaman yang terpaksa dihadapi Tentera Darat tidak lagi terhad kepada bentuk konvensional sebaliknya merangkumi ancaman siber, ekonomi dan sosial. Ancaman dalam bentuk baru itu kini semakin mencabar ekoran pelbagai masalah global termasuk kemelesetan ekonomi dan juga ketegangan politik membabitkan Negara-negara tertentu khususnya di Asia Barat.

Dalam pada itu, Panglima Tentera Darat turut menekankan demi kelangsungan hala tuju Tentera Darat ke arah kecemerlangan, kedua-dua dimensi yang perlu dititikberatkan ialah Kesiapsiagaan Tempur dan Kualiti Hidup iaitu Kesetiaan, Intergriti, Kesatuan, Pengorbanan dan Keunggulan yang akan terus menjadi teras pendukung kepada dua dimenasi tersebut demi membina daya juang ketenteraan yang mampan. Matlamat yang jitu untuk mewujudkan insan yang syumul yang mempunyai keutuhan mental, fizikal dan spiritual adalah menjadi teras kepada pembentukan modal insan.

Katanya lagi, Tentera Darat akan meneruskan iltizam untuk membentuk “Khairul Ummah” yang dapat memperkasakan tahap kesiapsiagaan tempur ke tahap yang paling optimum dan akan memberikan tumpuan khusus kepada pembangunan Sumber Manusia pada sebilang masa ini kerana modal insan atau Manusia (Man) merupakan elemen yang paling utama dalam organisasi TD.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat menyampaikan Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan kepada 10 penerima masing-masing 8 anggota tentera dan 2 awam bagi mengiktirafkan kecemerlangan mereka dalam perkhidmatan. Turut diadakan penyampaian Sijil Perhargaan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Pertahanan yang mana Tentera Darat memenangi tempat pertama dalam kategori Teknikal dan ketiga dalam Kategori Pengurusan. Penerima masing-masing adalah Mej Ghazali bin Abdul Rahman, Ketua Woksyop, 21 Woksyop Artileri selaku Ketua KIK The Great G Five dan Mej Ngahtiman bin Mohd Bakrun, dari Batalion Ke-2 Rejimen Renjer Diraja selaku Ketua KIK Kamanang .

Perbarisan yang dilaksanakan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana, Sungai Besi.di pada kali ini terdiri daripada 22 Pegawai dan 710 anggota Lain-lain Pangkat diketuai oleh Lt Kol Abu Hassan Ashaari dengan diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu (PP RAMD) dan Pancaragam Pusat Kor Armor DiRaja (PP KAD).


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke - 79"

Catat Ulasan