Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 17 Mac 2012

Ulang Tahun Tentera Darat Ke-79

2802121522KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Ulang tahun Tentera Darat (HUT TD) kali ke 79 pada 1 Mac akan menampilkan unsur interaktif bagi mengukuhkan ikatan ukhwah di kalangan warga Tentera Darat. Tema 1 Angkatan: Tetap Gagah Tetap Setia dikekalkan bagi mengikat semangat kepahlawanan dan kesetiaan terus sebati dalam diri setiap warganya.

Konsep sambutan secara sederhana pada tahun ini menjuruskan kepada Perintah Ulung Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin yang memberi keutamaan kepada kesiagaan keupayaan tempur dan kualiti hidup warganya sebagai teras utama keselamatan dan kedaulatan Negara. Justeru itu, wawancara khas Panglima Tentera Darat bersama media telah diadakan di Bilik Teratai Kementerian Pertahanan bagi mewar-warkan kepada masyarakat tentang sambutan ini.

Aktiviti-aktivi yang telah dirancang untuk menjayakan sambutan HUT TD tahun ini adalah perbarisan yang akan dilaksanakan pada 1 Mac di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Bacaan Yasin dan Tahlil, Khutbah Khas Sembahyang Jumaat, Majlis Makan Malam Beradat, Derma Darah, Forum Perdana, Lawatan Kebajikan oleh BAKAT, Acara Bersama Balu dan Orang kelainan Upaya (OKU) serta Anak Yatim. Panglima Tentera Darat juga menjemput pihak media untuk acara menembak bersama Media. Panglima Tentera Darat turut menekankan agar semua aktiviti yang akan dilaksanakan perlu menonjolkan aspek Hablul Minannas iaitu kesatuan ummah di setiap lapisan pemerintahan dan peningkatan kualiti hidup warga Tentera Darat.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Ulang Tahun Tentera Darat Ke-79"

Catat Ulasan