Khabar gembira itu terdapat dalam lima bentuk:
Untuk orang awam yang mukmin diberitahu: Jangan takut, kamu tidak akan kekal dalam neraka bahkan kamu tetap akan mendapat syafaat para Nabi-nabi dan orang-orang solihin dan jangan sedih atau berduka atas kekurangan pahala dan kamu pasti masuk syurga.
Untuk orang yang ikhlas: Kamu jangan khuatir, kerana amalmu telah diterima dan jangan sedih terhadap kekurangannya pahala kerana kamu pasti mendapat pahala berlipat ganda.
Untuk orang-orang yang bertaubat: Kamu jangan khuatir terhadap dosa-dosamu, maka semua sudah diampuni dan jangan sedih terhadap pahala, pasti kamu dapatkan atas amalmu sesudah taubat.
Untuk orang-orang yang zahid. Kamu jangan khuatir semasa berada di padang mahsyar atau hisab dan jangan berduka sebab akan dikurangi pahalamu yang berlipat-lipat ganda itu, dan terimalah khabar gembira bahawa kamu akan masuk syurga tanpa hisab.
Untuk ulama yang mengajarkan kebaikan pada manusia. Kamu jangan takut dari dahsyat hari kiamat dan jangan berduka sebab Allah SWT akan membalas amalmu dengan syurga, juga orang-orang yang mengikuti jejakmu.
Sumber : Kitab Tanbihul Ghafilin
0 ulasan: on "Sampaikan Khabar Gembira Ini"
Catat Ulasan