Penganugerahan Beret Hijau Kehormat kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin ini adalah kerana mengambil kira ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan beliau sebagai pemimpin tertinggi Tentera Darat. Selain itu pelantikan beliau selaku Panglima Tentera Darat pastinya akan memberi banyak sumbangan ke arah mempertingkatkan pembangunan dan pemondenan Gerak Khas khususnya dan ATM amnya.
Beret Hijau adalah lambang keagungan, keperwiraan serta lambang mutu keberanian yang tinggi nilainya. Ia merupakan lambang pengorbanan serta setaraf profesionalisme yang tinggi bagi setiap wira yang memakainya. Hanya mereka yang benar-benar layak berhak untuk dianugerahkan Beret Hijau dan diterima sebagai salah seorang ahli Gerak Khas iaitu sebuah pasukan yang diperakui sebagai pasukan elit ATM. Rejimen Gerak Khas telah diiktiraf keunggulannya oleh dunia antarabangsa dan setiap wira yang memakai beret ini perlu mempertahankan martabatnya
Hadir sama menyaksikan upacara penganugerahan yang bersejarah ini Pengerusi GGK Brig Jen Dato’ Abd Samad bin Hj Yaakub serta Pegawai-pegawai Kanan TD.
0 ulasan: on "Panglima Tentera Darat Terima Beret Hijau"
Catat Ulasan