KLUANG :Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Datuk Hj Zainal Abidin, telah dianugerahkan Beret Kehormat PUTD sempena perbarisan Hari Ulang PUTD ke-17 di Rejimen 881 PUTD, Kem Mahkota, Johor pada 12 Mac 2012. Pemakaian Beret kehormat PUTD merupakan acara yang julung kali dianugerahkan kepada panglima tentera darat yang ke-24. Pebarisan HUT PUTD yang diketuai oleh Lt Kol Putra Indera Shah Baharudin bersama 13 pegawai 183 anggota yang turut mendengar amanat dari PTD yang berkehendakan pasukan PUTD menpunyai kesiagaan Tempur yang tinggi, latihan yang berterusan agar pasukan ini menjadi yang terbaik diantara terbaik ujarnya. Turut hadir Mej Jen Dato’ Razali ahmad Panglima 3 Div, panglima 7 Bgd Brig Jen Dato’ Dalib Basir, pengarah PUTD Kol Suhaimi Hussain, Pegawai Memerintah Rej 881 PUTD Lt Kol Abdul Razak Haron, Pegawai- pegawai Kanan TD Dan Anggota TD.
0
ulasan:
on "Panglima Tentera Darat Terima Beret Kehormat PUTD"
‘Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMU. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar DIA milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pasanganku, maka Kau bukalah pintu hatinya untuk menerimaku. Berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn..’
Naim Qlate
Laman Naim Qlate : Suatu Ketika 2011. Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan: on "Panglima Tentera Darat Terima Beret Kehormat PUTD"
Catat Ulasan