Pada tahun 80-an, struktur platun-platun ini telah disusun semula dan diwujudkan batalion-batalion infantri siri 300 bagi tujuan memperkemaskan lagi kawalan dan pentadbiran anggota Kerahan ini. Walau bagaimanapun, Batalion Siri 300 ini tidak termasuk dalam struktur atau organisasi Rejimen Askar Wataniah Malaysia kerana ia merupakan satu pasukan sementara dan kewujudannya adalah semata-mata berdasarkan keperluan operasi. Sebagaimana yang sedia maklum, Askar Wataniah adalah Pasukan Simpanan Tentera Darat yang mempunyai peranan amat penting dan penuh ertinya dalam konteks pertahanan negara kita. Dalam usia 41 tahun yang lalu banyak pengalaman telah dialami. Konfrontasi Indonesia dan peristiwa 13 Mei adalah bukti di mana tenaga anggota Askar Wataniah amat diperlukan untuk menjalankan berbagai-bagai tugas keselamatan. Pendek kata, kekuatan tentera perlu diseimbangkan bagi membendung dan menghapuskan ancaman yang dihadapi seperti :
Ancaman terhadap Ketenteraman Awam.
Ancaman berpunca dari luar negeri.
Tujuan penyusunan semula adalah untuk membentuk satu organisasi yang lebih 'functional' dan teratur demi menentukan pentadbiran yang lebih sempurna serta meninggikan lagi mutu latihan anggota-anggota Sukarela. Adalah wajar bagi Tentera Darat untuk menyediakan Pasukan Simpanan yang secukupnya dan boleh dikerah dalam masa yang singkat apabila diperlukan.
0 ulasan: on "TDM : Sukarela Askar Wataniah telah dikerah ke Lebuhraya Timur-Barat"
Catat Ulasan