Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 21 Jun 2012

TDM : Pertemuan di Batu Talam (AW)

Pada tahun 1944, Ibu pejabat Force 136 (bertempat di Colombo), telah menghantar Leftenan Kolonel J. Douglas Richardson ke Pahang untuk mewujudkan satu kumpulan gerakan anti-Jepun. Setibanya di Pahang, beliau telah terperanjat kerana gerakan tersebut telahpun diwujudkan oleh seorang pemuda anak watan berusia dua puluh enam tahun bernama Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff (Dato' Yeop Mahidin menjadi Pengarah Askar Wataniah yang pertama dan telah kembali kerahmatullah pada 19 Disember 1999).

Tanggal 15 Julai 1945, Leftenan Kolonel Richardson telah menulis surat kepada Yeop Mahidin untuk mengadakan pertemuan di antara mereka berdua. Pada 23 Julai 1945 bertempat di Batu Talam, Kuala Lipis, bertemulah Richardson (nama samaran Kiwi) dengan Yeop Mahidin (Singa). Perbincangan selama empat jam telah diadakan, dan di antara persetujuan yang telah dicapai ialah:

Satu gerakan kumpulan sulit bersama telah ditubuhkan dan kumpulan ini diberi nama Gerila WATANIAH. (Perkataan 'Wataniah' telah diilhamkan daripada perkataan Vatan iaitu kumpulan gerila di Itali yang diketuai oleh Kamal Ataturk). Yeop Mahidin telah dicadangkan menjadi Pegawai Memerintah dengan pangkat Leftenan Kolonel, manakala Sultan Pahang telah dicadangkan sebagai Kolonel Kehormat.

South East Asia Command (di Colombo) dan Force 136 akan memberi bekalan senjata, pakaian seragam, makanan, set komunikasi dan lain-lain keperluan.

Kumpulan gerakan ini ditubuhkan untuk tugas penting bagi membantu Tentera Bersekutu mengambil balik Tanah Melayu dan Singapura dari tangan Jepun. Mereka telah diberi latihan membuat serang hendap, serangan dan sabotaj untuk persiapan menghadapi Operasi Zipper.

Untuk menemui keperluan ini, Richardson telah pun mengaturkan beberapa tugas dan peranan yang patut dimainkan oleh Gerila Wataniah, termasuk:

Menyerang dan membinasakan Markas Tentera Jepun, termasuk ibu pejabatnya pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.

Bertindak sebagai pemandu kepada Tentera Bersekutu yang telah mendarat berhampiran dengan kawasan mereka.

Mengagalkan rancangan Tentera Jepun yang hendak membinasakan segala benda atau perkara yang ada apabila mereka bersiap untuk berjuang atau mengundurkan diri.

Apabila serangan daripada pihak Tentera Bersekutu bermula, Gerila Wataniah hendaklah mematikan alat komunikasi Jepun seperti telefon dan "wireless" dengan cara menyembunyikan "switchbox"nya.

Menghidupkan semula semua alat komunikasi apabila tentangan terhadap Jepun telah berjaya.

Mempelopori pemberontakan orang awam untuk menentang Jepun di seluruh negara secara serentak.

Apabila Jepun sudah menyerah kalah dan kemungkinan Tentera Bersekutu belum tiba di daerah-daerah penting, Gerila Wataniah hendaklah keluar mengambil alih kawasan-kawasan tersebut untuk mewujudkan suasana tenteram bagi memastikan tidak berlakunya pertumpahan darah di kalangan penduduk-penduduk tempatan.

Melatih orang-orang kampung yang menyertai gerakan ini, serta mendapatkan sokongan daripada penghulu dan ketua kampung bekerjasama terlibat secara aktif dengan pasukan ini.

Di sepanjang tahun 1944, Yeop Mahidin telah dapat menarik ramai anggota awam untuk menyertai gerila ini serta berjaya menyerapkan perasaan anti-Jepun di kalangan mereka. Antara nama-nama yang terkenal pernah berada di bawahnya ialah:

Abdul Razak bin Hussein - Perdana Menteri Malaysia Kedua

Ghazali bin Shafie - Bekas Menteri Dalam Negeri


Menjelang Ogos 1945, ramai pemimpin Gerila Wataniah telah melepaskan pekerjaan awam mereka demi menyertai Gerila Wataniah sepenuhnya. Kekuatan mereka ketika itu telah meningkat seramai 254 orang. Pada Mei 1945, sekumpulan Gerila Wataniah seramai 26 orang telah melancarkan satu serang hendap ke atas konvoi Jepun yang dalam perjalanan menuju ke Gua Musang. Mereka telah berjaya membunuh 30 hingga 40 orang tentera Jepun dan memusnahkan 41 buah kenderaan. Kejadian ini amat memeranjatkan pihak Jepun kerana selama ini mereka tidak pernah mengetahui tentang kewujudan Gerila Wataniah.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TDM : Pertemuan di Batu Talam (AW)"

Catat Ulasan