Tahun 1921 sehingga 1937 merupakan satu era penyusunan semula ke atas pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Di Negeri-negeri Selat, Pasukan SVC, SVA dan SVI, memulakan proses penyusunan semula pada 1921. Pasukan-pasukan ini telah digabungkan dan diberi nama baru sebagai Straits Settlement Volunteer Force (SSVF) dengan ibu pejabatnya di Singapura. Leftenan Kolonel P. E. Spencer telah dilantik menjadi Komandan SSVF yang pertama dan di samping itu, terdapat juga orang-orang Melayu yang telah diberi jawatan pegawai, terutama daripada pasukan SSVF Melaka seperti : Kapten Muhd Ali bin Maidin.
Leftenan Abbas bin Said (kemudiannya memasuki Askar Melayu).
Leftenan Abu Bakar bin Umar.
Leftenan Jetti bin Ahmad.
Leftenan Usman bin Kering (Datok Naning).
Manakala pada tahun 1937, pasukan Sukarela Malay States Volunteer Rifles (MSVR) juga telah disusun semula dan diberi nama baru yang dikenali sebagai Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF). Semasa Perang Dunia Kedua, pasukan inilah sebenarnya yang terlibat penuh membantu angkatan tentera lain untuk menentang Jepun.
Pasukan ini mempunyai batalion-batalionnya di setiap negeri, di samping itu mempunyai kompeni 'machine gun', kompeni orang Cina dan pasukan meriam (light battery). Pecahan batalionnya adalah seperti berikut:
Batalion 1 - Perak
Batalion 2 - Selangor
Batalion 3 - Negeri Sembilan
Batalion 4 - Pahang
Dari gagasan P&PWVF, SSVF dan FMSVF inilah bermulanya sejarah pasukan Sukarela di negara ini. Secara amnya dapat disimpulkan bahawa Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah menjadi faktor penggerak penubuhan pasukan Sukarela, dan di antara pusat pasukan Sukarela yang ulung sekali ditubuhkan ialah di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Pasukan ini dikenali sebagai Sultan Idris Training College Volunteer Force atau SITCVF.
Pada tahun 1929, satu kontinjen Sukarela dari Tanah Melayu telah dihantar ke England untuk menghadiri upacara kemahkotaan Raja dan Ratu United Kingdom. Manakala pada tahun 1934, telah memperlihatkan P&PWVF dan MSVR dianugerahkan Panji-panji Rejimen masing-masing di samping menerima Panji-Panji DiRaja.




0 ulasan: on "TDM : Penyusunan semula pasukan sukarela (AW)"
Catat Ulasan