![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3IpED-vj0WXMeSumzyhfs7hkNzW44OWKakSElRm2uUPVP2KzouSVRm93k0x33CsgaMb9lXudLT5R05DdcahYlCfp-Ua-uvWowp_uMGpShflZ4LT61wPax5Ki2PKCQa6eRrLIoLK6jQDI/s320/kol_yoep.jpg)
Beliau mempunyai cita-cita untuk memasuki Rejimen Askar Melayu DiRaja tetapi telah dihalang oleh guru besarnya L.D Whitfield yang menasihati beliau memasuki perkhidmatan pegawai kanan kerajaan. Pada 7 Ogos 1937, beliau telah diterima untuk memasuki `Malay College'. Semasa di Malay College, beliau telah diajar dan dilatih dalam tugas-tugas pegawai kanan kerajaan.
Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi majistret di Telok Anson (sekarang Teluk Intan) dan pada tahun 1939, di Kajang. Pada tahun 1940, beliau telah bertukar ke Kuala Lipis sebagai Penolong Pegawai Daerah. Semasa di Kuala Lipis, beliau telah menganggotai Pasukan Sukarela Tempatan dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pemerintah Pasukan Sukarela Tempatan, dengan menyandang pangkat Mejar. Beliau juga telah ditawarkan oleh `Whitehall' untuk mengikuti kursus ketenteraan di London, tetapi menolak tawaran tersebut, sebaliknya menghantar pegawai bawahannya iaitu Kapten Abdul Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak) dan Leftenan Ghazali Shafie (kini Tan Sri).
Apabila Perang Dunia Kedua bermula, beliau telah menubuhkan satu kumpulan anti Jepun yang dikenali sebagai pasukan Gerila Wataniah Pahang. `Force 136' di bawah pimpinan Mejar Richardson telah bersetuju untuk melatih pasukan tersebut. Kekuatan pasukan gerila itu ialah seramai 254 orang dan diketuai oleh Dato' Yoep yang lebih dikenali sebagai `Singa'. Kejayaan utama pasukan itu yang masih dalam kenangan Dato' Yoep ialah kejayaan mereka menyerang hendap Tentera Jepun, dimana sekumpulan 20 orang anak tempatan di bawah pimpinan Lt Yakin telah berjaya membunuh 30 hingga 40 orang tentera Jepun dan memusnahkan 41 buah kenderaan. Kejayaan ini adalah hasil perancangan dan pemilihan tempat serang hendap oleh Dato' Yoep selaku ketua pasukan tersebut.
Dalam bulan Nov 1963, Dato' Yoep telah meninggalkan bidang ketenteraan dan menjadi Pegawai Daerah Kuala Lipis. Pada tahun 1965, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kanan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan dalam tahun 1967 menyertai Felda sebagai Pengarah Hal Ehwal Peneroka.
Beliau adalah seorang anak watan yang banyak berjasa kepada Bangsa dan Negara. Setiap warga negara harus mengambil contoh pengorbanan dan kerelaan beliau menyerahkan sepenuh tenaga dan jiwa raga kepada bangsa dan negara.
0 ulasan: on "TDM : Pengasas Askar Wataniah Malaysia"
Catat Ulasan